Salam semua, merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mencadangkan agar Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain sekiranya PR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, saya betul tersentap.
Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat beliau demikian, sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia (ada ke?)
Di sini saya nak tanya pembaca sekalian, adakah bendera Jalur Gemilang itu kelihatan seperti Bendera BN yang hanya berwarna biru? Adakah Manoharan rabun warna atau sengaja mencetuskan kemarahan orang lain? Di sini saya rasa beliau tidak layak menjadi pemimpin parti Pakatan Rakyat malah wakil rakyat Malaysia kerana memalukan.
Beliau bagaimanapun dengan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran komentarnya itu. Cukupkah dengan hanya memohon maaf? Pada saya kenyataan dan cara beliau memohon maaf tersebut, macam tidak ikhlas dan beliau sepatutnya merasa bersalah dan meletak jawatan segera.
Di sini ternyata beliau tidak peka dalam kenyataannya untuk membezakan di antara patriotik berbanding politik. Ternyata beliau terlalu ghairah meletakkan imaginasi khayalan beliau sendiri, tanpa berfikir panjang dan mengeluarkan kenyataan yang telah membuatkan ramai pihak tersinggung.
Saya sendiri sebagai seorang yang tidak berparti (atas pagar) tetapi, saya tidak pernah lepas untuk memangkah setiap kali PRU diadakan. Saya akan memangkah mengikut keadaan semasa berdasarkan pemimpin yang saya sendiri rasakan logik dan boleh membawa kepada kebaikan seluruh rakyat.
Tetapi bila isu ini di bangkitkan oleh seorang pemimpin Pakatan dari parti DAP, nampak sangat yang beliau terlalu mengikut emosi dalam berparti. Anda bayangkan jika beliau menjadi seorang menteri mahupun pemimpin yang lebih tinggi, saya pasti banyak perubahan yang beliau lakukan tanpa merujuk kepada sensitiviti kaum lain.
Khabarnya, ramai di antara pemimpin dan ahli parti pembangkang sendiri pun terkejut dan tersentap dengan kenyataan yang di buat oleh beliau itu. Kenyataan beliau seolah membelakangkan agenda parti dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Wassalam.

My Inspiration