I Pad 2 : Akhirnya Kau Ku Miliki


Salam semua, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebendaan entri saya kali ini. Sekadar menaikkan semangat berblogging di kalangan pembaca blog dan rakan blogger semua bahawa, adanya hasil dari menulis blog kalau ada usaha dan janji Allah akan rezeki kita itu.

I Pad 2, 32G yang baru saya beli ini(masih terkial-kial menggunanya), adalah hasil titik peluh saya berblogging selama ini(itupun kalau ada keluar peluh). Rezeki ini, dari iklan-iklan yang terpampang di blog saya setiap kali pembaca mahupun rakan blogger singgah di sini.

Terima kasih andai ada yang sudi meng'klik' ke pautan tersebut kerana klik anda menghasilkan lebih ongkos yang masuk ke blog saya dan cita-cita saya mendapatkan I Pad2 tersebut dari duit blogging menjadi kenyataan lebih cepat.

Walau tanpa klik ke pautan tersebut sekalipun, kehadiran kalian semua ke blog saya sudah cukup menaikkan semangat saya untuk sentiasa menulis. Ucapan jutaan terima kasih, dan jangan jemu untuk singgah dan singgah lagi di sini.

Tak kiralah apa nawaitu anda dalam berblogging, tetapi kalau ada kemasukan trafik ke blog dan anda memasang iklan-iklan, sudah tentu pendapatan yang anda dapat adalah satu kepuasan tersendiri. Saya tetap menghormati blogger yang tidak memasang sebarang iklan di blog meraka.


 
MY INSPIRATION


NOTA : Kalau saya boleh, pasti anda semua pun boleh. Blog saya sendiri pun bukan ada yang istimewa, mungkin penulisan anda jauh lebih baik dari saya. Bilangan pengunjung yang datang ke blog saya, kebanyakkannya adalah dari carian enjin Google(75%) Jadi di sini, rajin-rajinlah membaca blog blogger otai yang ada mengajar panduan menempatkan blog kita di carian hadapan Google(SERP). Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 30, 2011

31 Komen:

  1. As salam...

    Tahniah Abg Zul...
    Boleh release tension dgn 'Tom'
    pasni..hehehe...

    Kira lumayan gak la hasil iklan smpai dpt beli ipad...Order on9 atau beli kat apple store?

    Saya nye pengunjung pun ramai dtg dr carian google skang ni...Syg sbb xde masa nk aktif sgt skang ni...

    BalasPadam
  2. salam,
    tahniah.. tumpang gembira..
    saya tengah kumpul nak bila jam..
    tak lalu lah nak main SEO ni ke apa..
    memang nampak dah kesan SEO ni tapi rasa tak puas berblog pula. Mungkin kerana lebih banyak cerita peribadi dan sekeliling yang dikongsikan.

    BalasPadam
  3. Assalam
    tahniah sifu :)
    membuktikan berblog bukan kerja sia-sia

    BalasPadam
  4. Tahniah iPad 2 memang the best lah.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... rezeki Allah lg..
    suka tengok blogger berpeluh2 dpt duit hasil
    berblogging walaupun peluh kering.. hik3...

    BalasPadam
  6. wah..wah..tahniah cik Zul..hasil titik peluh blogging tu..tp pada sy, kalau blogging melalui IPAD mmg tak puas..tak sepuas di laptop atau PC..hehehe

    ni tukar theme lg ni apa citer? :D

    BalasPadam
  7. tahniah! kalau niat baik pasti nampak hasilnya kan? *selamat menggodek ipad2 itu... :D

    BalasPadam
  8. Berapa lama kumpul baru dapat beli iPad2. Beli aksesori keyboard sekali. Mula-mula dahulu memang tidak biasanya lepas ini mahir tentu tidak mahu sentuk laptop lagi sebab 'handy'

    BalasPadam
  9. Tahniah bro. Dpt beli ipad hasil blogging. Bestnya...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Tahniah..:)

    BalasPadam
  11. syabas abg zul..

    ini membuktikan setiap kerja yg dilakukan dengan ikhlas kan membuahkan hasil yang bukan kepalang..

    keep it up, abg..

    BalasPadam
  12. wah terbbaik..tahniah rasa nak cekau smgt pas ni utk lebih kental berblog lagi jeee...

    jom kawan2

    BalasPadam
  13. rezki klu d simpan insyallah akan ada jua hasilnya kelak

    BalasPadam
  14. Assalam...
    Tahniah...saya tumpang gembira...

    BalasPadam
  15. Salam,

    Wah tahniah ye, tertunai juga hasrat dihati untuk memiliki ipad2, nanti jailbreak ipad2 tu, lagi best sampai tak tido malam dia punya best hehe.

    Komen dari BB je, duk dalam keta, otw blk jengka :)

    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  16. abg zuuuuulllll,
    hebatnya!! meh saya tlg godek-godek. hehe!

    *testimoni ni! :-)

    BalasPadam
  17. tahniah..seronok la ya dpt beli ipad hasil berblog...tak sia-sia gitu....tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  18. tahniah bro...berjaya mendapat apa yang diidamkan!

    salute kegigihan bro dalam berblogging! :)
    keep it up!

    BalasPadam
  19. as salam.. tahniah.. rezeki jangan ditolak. dengan blogging pun boleh dapat macam-macam benda yang kita ingini. yang penting, ikhlas dan usaha dalam blogging :)

    BalasPadam
  20. salam Zul..

    Tahniah..segalanya atas semangat & kerja keras tanpa jemu, moga terus success

    BalasPadam
  21. tahniah bro zul..
    best best
    lagi dasyat lah berblog lepas nih :)

    BalasPadam
  22. salam
    tahniah2
    wah seronok tu
    saya ni bila la agaknya nak dapat beli apa2 dengan duit blogging
    huhu

    BalasPadam
  23. Tahniah Bro. Usaha tangga kejayaan. Bro, berapa tahun ni bertungkus lumus berblog utk dpt i pad ni ?

    BalasPadam
  24. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  25. sangat menarik. kumpul duit blog dapat beli iPad 2. ini boleh menjadi pembakar semangat buat mereka yang baru nak naik. Tahniah ye Zul :)
    Jemput singgah blog 1malaysianews. Baru berusia 6 hari

    1malaysianewsDotNet

    BalasPadam