Kes Arlene Tan : Gaysec Mengakui Kesilapan Dan Memohon Maaf



Salam semua, berikut adalah petikan permohonan maaf dari hacker gaysec yang sebelum ini mengaku menemui identiti sebenar Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara, individu misteri yang begitu lantang dan berani menghina islam secara terang-terangan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt AlWuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).


NOTA : Buat rakan blogger yang ada menyiarkan gambar gadis yang di katakan Arlene Tan tersebut, bolehlah membuang gambar beliau. Sebagai blogger kesilapan ini berlaku kerana rasa geram teramat sangat kepada Sitt Al-Wuzara, menjadikan tanpa berfikir panjang ramai di kalangan blogger menyiarkan kisah ini beberapa hari lalu, termasuklah blog saya jua. Cuma blog saya tidak menyiarkan gambar beliau TETAPI, nama beliau sahaja.Tetap merasai bersalah, saya dengan ini turut memohon maaf kepada Arlene Tan. Akan menjadi pengajaran buat saya di masa hadapan.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 13, 2011

24 Komen:

  1. Cepat minta maaf sapa2 yg buat entri pasal arlene tan ni. :) adoyai...

    BalasPadam
  2. salam en.zul...
    sahur ape pg td???
    mcmane hrni??apa ape2 plan nk bershopping raya ke??

    bila kita salh,mmg patut minta maaf.... ;)

    BalasPadam
  3. dan semoga Arlene juga tidak mengalami kekeliruan lagi..

    BalasPadam
  4. @zella y
    w_salam Zella..
    sihat alhamdulillah..
    sayur nasi goreng je.


    Begitulah manusia mana
    yang tak buat silap kan?
    :(

    BalasPadam
  5. nasib tak buat entri pasal ni, duk baca je kisah ni, apapun permohonan maaf adalah yang terbaik, moga arlene tan juga dapat selesaikan kekeliruan agamanya itu.

    BalasPadam
  6. yep, kesian arlene. siapa yang dah terlanjur tu mmg eloklah memohon maaf...

    BalasPadam
  7. nasib baik tak tulis entry pasal dia..benda2 mcm ni takut nak tulis, takut kena saman..hihihi..semoga Arlene tan diberikan hidayah amin...

    BalasPadam
  8. nok buat dah n3 tentang ni dulu, tengok ramai sgt buat x jadi buat, ambil jalan jadi baca tunggu dan lihat je.
    rupanya ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  9. Salam,
    Saya ada komen je...kira salah juga la kan?

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama13 Ogos, 2011

    Memohon maaf satu sifat terpuji walaupun pahitkan.

    BalasPadam
  11. memohon maaf suatu perlakuan yang mulia dan memaafkan kesalahan memperlihatkan kebesaran jiwa pemiliknya... setiap orang tak terlepas daripada sebabrang kesilapan... pada hackers tu moga berjuang atas sifat memelihara kesucian islam dan semoga Allah memberikan petunjuk untuk mereka dan kita semua

    BalasPadam
  12. asam garam berblogging..huhu

    BalasPadam
  13. Salam sahabat

    To err is human and to forgive is divine

    Andaikata ini adalah sebuah penyiasatan yang dilakukan beramai2 sebagai satu pasukan,susah juga untuk membayangkan yang tidak seorang pun teringat untuk check and double check the info.Kalau ianya satu penyiasatan bersendirian besar kemungkinan terlepas pandang sebab kata orang 2 heads is better than one.

    Sesuatu yang high profile dan gah seperti isu ini memerlukan ketelitian kerana kalau silap impaknya besar. Kredibility sedikit sebanyak mesti affected dan mungkin juga akan disaman.Harap2 maaf diterima kalau tidak perkara ini akan melarat.

    Pesan orang tua2,jangan gopoh gapah,ikut hati mati, ikut rasa binasa, masih elok dipakai.

    Selamat berbuka puasa dan bertarawih
    Umi

    BalasPadam
  14. Sepatutnya blogger perlu berhati-hati dalam memetik berita berbentuk spekulatif seperti ini.

    Belum tentu lagi kebenarannya..

    Menjadi tanggungjawab blogger untuk menyebarkan perkara atau cerita yang sah dari segi fakta.

    BalasPadam
  15. Itulh kesilapan org2 kita. mudah melatah dgn khabar angin

    BalasPadam
  16. adoi pakat2 duk minta maaf kat dia lak.. hehe nasib saya tk buat apa2 artikle pasal isu ni .. takut tak benar dan memang ternyata tak benar pun

    BalasPadam
  17. mengaku salah walaupun pahit...
    itu lebih baik..

    BalasPadam
  18. Semakin misteri individu yang di cari...

    BalasPadam
  19. pengajaran bagi kita semua...
    berfikir sebelum bertindak

    BalasPadam
  20. Jika didapati ada kekeliruan maka disana perlukan penjelasan. Nyaris nak buat dah entri serupa nasib tak buat.

    BalasPadam
  21. Memuji sikap Gaysec yang berani mengambil risiko. Semoga Arlene Tan diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah

    BalasPadam
  22. Hacker pun pandai minta maaf. Yang Nuffnang kena hack sebab sekurity lemah tak tau langsung nak minta maaf dekat publisher.

    BalasPadam
  23. salam
    elok sangat minta maaf bila ada kesilapan
    sengaja atau tak sengaja

    BalasPadam
  24. What a corporatism site for us.........Thanks..

    BalasPadam