Elvis The Gold Man Yang Kreatif



Elvis, 42, berkata menjadi orang emas atau Gold Man adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak.Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.

Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun menurut Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.(my Metro)

NOTA : Ermm..di mata saya, Elvis adalah seorang yang kreatif dalam mengembangkan bakat yang beliau ada untuk mencari nafkah. Seorang yang begini, jika di anggap mengemis setidaknya beliau tidak menyakitkan hati. Kalau saya sendiri dengan rela hati akan menghulurkan seringgit dua pada beliau jika bertembung. Apa pun, semoga bakat beliau di beri peluang untuk dikembangkan di sudut yang lain, contohnya bakat tv mahupun program yang lain agar tidak di anggap pengemis oleh pihak berwajib (JKM).Apa kata anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 13, 2011

10 Komen:

  1. :D Kreatif tetapi disalah anggap..

    BalasPadam
  2. Best entry nie
    Salam kenal,
    nice blog,
    done following you,
    Kalau free jemput singgah ke blog saya,
    Bagi komen and nasihat ok.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. salam,
    tertanya juga..
    adakah ianya berbeza dengan penyanyi jalanan?

    BalasPadam
  4. Salam Zul, Janji tidak mengemis, sekadar memberi hiburan tak salahnya.

    BalasPadam
  5. Salam sahabat
    Umi bersetuju dengan cikgu izza, kalau ini mengemis, makanya basker atau penyanyi jalanan juga adalah pengemis. Tak betul rasanya definasi ini. Macam kita beli tiket tenguk sarkas atau apa2 hiburan,tapi ini takda premis.
    Lainlah kalau dia tadah tin saja.Rasanya dia tak mungkin dapat appear kat TV regularly.Kesian juga.JKM ada cadangan ke for alternative kerja.

    Selamat berpuasa buat sahabat sekeluarga.
    Umi

    BalasPadam
  6. ini merupakan seni jugak ni hehe.tapi lebih baik adi pemuzik jalanan tak nampak sangat seperti minta sedekah:)selamat berpuasa buat zul seisi keluarga.

    BalasPadam
  7. yup...great dengan kesabaran elvis nih!!aiman pon tak terpikir nak buat cam elvis nih......

    BalasPadam
  8. ASsalam,bro zul..mmg kreatif,tapi walau mcmnanpun cara macamtu ttp mcm mngemis sbb kbiasaan dimsia mcmtu-sesiapa saja mngharap simpati org lain utk mnderma.

    Selmt bpuasa dari saya di EGypt

    BalasPadam
  9. Kesian pun ada. Tidak sangka pula ia adalah satu kesalahan

    BalasPadam
  10. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA