Charla Nash yang tercedera teruk selepas diserang oleh cimpanzi kepunyaan rakan beliau yang mengamuk pada dua tahun lalu. Beliau kehilangan tangan, dan hampir keseluruhan wajah, menjadikan beliau hampir buta dan cacat selepas serangan itu. Haiwan itu akhirnya ditembak mati oleh polis.
Kini selepas menjalani pembedahan muka selama 20 jam di hospital di Boston pada bulan Mei yang lalu, Nash muncul di khalayak awam menunjukkan wajah terbaru beliau. Nash menyatakan rasa gembira dengan perubahan wajahnya kini dan ingin menjalani hidup seperti biasa.

NOTA : Jangan di buat main dengan binatang yang mengamuk, tidak di nyatakan pula kenapa cimpanzi tersebut mengamuk. Apapun, simpati melihat wajah beliau yang cacat sedemikian selepas menjadi mangsa serangan cimpanzi mengamuk itu. Harapan selepas ini dapatlah beliau menjalani hidup seperti biasa dengan tenang tanpa tertekan lagi.
Gambar : Yahoo News