Kerdau Dan Merlimau | Keputusan Pilihanraya Kecil N27 Dan N28




 
Salam semua, berikut adalah keputusan rasmi yang saya dapat berkenaan proses pengundian di Dun N27 Merlimau Melaka dan Dun N 28 Kerdau Pahang yang baru di keluarkan sebentar tadi.



 
Bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN menang besar dengan majoriti 2,724 undi.BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.Majoriti kemenangan  rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.


 
BN juga menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sumber-BERNAMA

Entri Berkaitan:

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 06, 2011

13 Komen:

  1. Salam Zul, tahniah bagi yang menang adat pertandingan mesti ada kalah menang. Cuma janji ttp janji :)

    BalasPadam
  2. tunaikan janji jangan lupa pulok jalan nak kembali orang kampung tak le ternanti-nanti

    BalasPadam
  3. Memang boleh agak siapa boleh menang. Bagi saya yang bekerja dia akan mendapat raih sokongan contohnya Melaka. Ketua Menterinya komited untuk membangunkan negeri Melaka sebagai bandar maju.

    Lebih berbakti kepada rakyat dari bercekau siapa betul siapa tidak betul. Rakyat sudah bosan

    BalasPadam
  4. Salam,
    tahniah kepada calon yang menang.. lepas ni bolehlah tunaikan janji yang dah dibuat tu..

    BalasPadam
  5. Jangan terlalu suka hingga janji dilupakan..mintak2 minyak x naik macam selepas prk Tenang..

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada yg menang...
    Moga semua janji dlm bkempen tu hari ditunaikan..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama07 Mac, 2011

    Tahniah diatas kemenangan calon BN di DUN Merlimau dan Kerdau.

    BalasPadam
  8. Semoga mereka yang menang ni cakap dan bikin dan bukan cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam
  9. BN menang ke! tahniah!

    BalasPadam
  10. tahniah le pada pemenangnya...moga segala janji akan tertunailah selepas ni...

    BalasPadam
  11. lepas ni mencanak pulak la traffik di blog abang zul. hehehe...
    jangan ada yang naik lagi lah lepas ni yer. :P

    BalasPadam
  12. yang menang lakukan tanggungjwab dg jitu :)

    BalasPadam