Pilihanraya Kecil DUN N28 Kerdau Pahang





Penempatan di Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 lagi. Nama Kerdau diambil kerana dahulunya kawasan itu dipenuhi dengan pokok kerdau. Pokok kerdau berbentuk seperti pokok pinang, iaitu tidak berdahan dan berbatang kecil.

Pokok kerdau dijadikan sebagai perhiasan apabila terdapat orang kenamaan datang melawat ke kawasan ini. Lama-kelamaan nama Kerdau diabadikan sebagai nama kampung tersebut disebabkan pokok-pokok kerdau yang tumbuh melata di kawasan ini.

Banyak perubahan  dinikmati dan dialami oleh penduduk Kerdau dari segi pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Arus pembangunan dapat dilihat dengan jelas di sini di mana rumah-rumah tradisional kini diganti dengan rumah-rumah batu. Pendidikan di sini juga kian dititik-beratkan dengan adanya pembinaan sekolah-sekolah.

Kini pelajar tidak perlu berulang-alik ke kampung-kampung sekitar untuk mendapatkan pendidikan. Kemudahan-kemudahan di Kerdau yang lengkap dengan infrastruktur juga telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan dan melancarkan kehidupan penduduk di Kerdau.

DUN Kerdau mempunyai 8,999 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus Cina, 3.4 peratus pemilih India dan selebihnya kaum-kaum lain.Menurut SPR, kawasan DUN Kerdau daripada 8,999 pemilih berdaftar,  8,984 adalah pemilih biasa dan 15 lagi pemilih pos.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada 12 Februari lalu.Tiga buah rancangan Felda di DUN kawasan Kerdau bakal menjadi tumpuan utama parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Hampir separuh daripada pengundi kawasan DUN berkenaan terdiri di kalangan penduduk di tiga buah felda; Felda Jengka 22, 23 dan 24.Pada Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Zaharuddin dari BN menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, sama tarikh dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 20, 2011

23 Komen:

  1. Moh kita balik ngundi weh...

    BalasPadam
  2. Selamat mengundi kepada semua.
    Pilihlah mengikut akal, bukan ikut hati dan wang ringgit.

    BalasPadam
  3. Selamat Mengundi kepada yg berkenaan..

    Diharap semuanya berjalan lancar dan aman..

    BalasPadam
  4. salam
    meriah sungguh kisah prk kat negara kita ni
    'buat pilihan yang terbaik'

    BalasPadam
  5. prk yang pertama di pahang. mari lihat sejauh mana kekuatan umno pahang untuk mempertahankan kerusi kerdau. lihat juga sejauh mana pengaruh pembangkang selepas tsunami 2008 tidak terlalu kuat di pahang

    BalasPadam
  6. Kampung Mempaga kat Kerdau kan cik Zul?hehe
    pilihanraya lg nmpaknya..
    mengundilah dgn bijak wahai rakyat Malaysia :)

    BalasPadam
  7. pada yang mengundi harap dpt buat pilihan yg terbaik :)

    BalasPadam
  8. Dengan adanya pilihanraya kecil macam ni, barulah kita tahu kewujudan sesuatu tempat dan kawasan tersebut kan? Macam tempat di kerdau ni, rasa sya org2 luar pahang pasti jarang dgr nama tempat ni

    BalasPadam
  9. Mari kita mengundi ..dekat tempat kome..sempadan,,

    BalasPadam
  10. dekat kerdau dah siap pasang kanopi dah hari semalam..moh le sama2 mengundi yerk..

    BalasPadam
  11. وعليكم السلام
    semua..terima kasih
    kerana sudi meluangkan
    masa mencoretkan komen
    anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  12. Ini tempat ayah kawan lahir ni. Sayang sekali adun kerdau ni pergi dah, ayah kawan kabo tanah yang ayah minta diluluskan oleh arwah sebelum meninggal. terima kasih dan al-fatihah buat arwah.

    BalasPadam
  13. koi kene balik nih

    BalasPadam
  14. Rumah untuk disewa sepanjang PRK Kerdau di Taman Temerloh Jaya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0199369181 - En. Zul.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama03 Mac, 2011

    Salam, meriah juga sana ye






    che wie

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama04 Mac, 2011

    moh balik ngundi wei...pilih mane yg molek,,,klu rase xde prubahan kg...kita try tuka yg lain...

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama06 Mac, 2011

    nampak senang je mengundi, tpi kesannya hingga ke akhirat...klau tersalah pemimpin.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama06 Mac, 2011

    nanti di akhirat akan ditanya kenape pilih pemimpin yg tidak mencegah kemungkaran...jgn anggap remeh perkara mcm ni....kita hidup skejap je di dunia ni...kekal adalah disana...fikirkan.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA