Keputusan PRK N28 Kerdau Dan N27 Merlimau Di Umum Jam 8 Malam




Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui jam 8 malam esok seandainya semuanya berjalan lancar.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di Melaka, hari ini.

Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.

Katanya semua parti politik yang bertanding juga diingatkan supaya menghentikan kempen sebaik tempoh berkempen tamat pada jam 12 tengah malam ini dan berharap petugas parti politik tidak mengganggu pengundi esok untuk meraih undi.

SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi Barisan Nasional (BN) dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut, katanya.

Mengenai salah laku ketika tempoh berkempen, Abdul Aziz berkata kebanyakan kesalahan yang dikesan SPR di DUN Merlimau melibatkan poster dan lebih 20 laporan polis dibuat oleh SPR sepanjang tempoh lapan hari itu.

"Setakat ini tiada laporan kes pergaduhan diterima SPR, keadaan di sini tenang. Bagi mereka yang mengesan ada pengundi hantu dapatkan nama, nombor kad pengenalan dan gambar mereka lapor pada SPR. Penyamar yang ditangkap akan diserah kepada polis untuk tindakan tegas," katanya, dan menambah pihaknya tidak menerima laporan kes rasuah.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas akibat serangan
jantung.

- Bernama

NOTA KAKI : Menjadi sesuatu yang semakin mendebarkan apabila semakin panas kempen di kedua-dua kem parti yang berkempen dalam PRK yang di adakan serentak di Merlimau dan Kerdau kali ini.Jangan lupa waktu berkempen akan di tamatkan menjelang jam 24.00 tengah malam ini.Tidak memihak kepada mana-mana parti tetapi saya mengekori rapat setiap proses pengundian yang diadakan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mac 05, 2011

13 Komen:

  1. Salam Zul, sesamalah kita nantikan hijau biru yang mana satu menawan kalbu :)Selamat mengudi tentukan hak anda :)

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang

    Gitulah gayanya Yassin..
    politik ni memang perlu
    tapi biarlah demi kebaikan
    semua..bukan individu bukan
    makan sorang je..he he

    BalasPadam
  3. SPR pening juge yek.Kabo jangan berkempen esok tapi benarkan kertas berkale saiz A4 tampal kat kerete.Tampal kertas kecik pun budok sekoloh tau.

    BalasPadam
  4. Heh...waris menang! tapi kome tak nyokong..kome nyokong waris DUN semantan..

    BalasPadam
  5. macam nak dengar keputusan memegang puasa pulak..

    BalasPadam
  6. semoga semua janji dapat ditunaikan..jangan sekadar hangat2 taik ayam je...

    BalasPadam
  7. slmt mengundi bagi yang akan mengundi pd hari esok ya

    en zul x mengundi ke :p

    BalasPadam
  8. erm tak tahu siapa yang menang.. tapi kalau ikut rekod.. memang rasanya dah tahu dah... apepun selamat mengundi buat semua pengundi di kawasan terbabit..

    BalasPadam
  9. salam

    baik2 membuang undi
    jangan terbuang diri sendiri
    hehe

    BalasPadam
  10. Salam.
    Ni mesti ramai yang tak sabar nak tunggu keputusan ni. Dan keputusannya adalah...,
    Hahahahahah....

    BalasPadam
  11. aried pun xtau ari ni diorang mngundi..yg aried thu tadi dah cakap yg sama... iaitu kputsan kluar malam ni.. :P

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum Zul

    InsyaAllah kita tunggu pengumumannya.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA