Syarat Dan Cara Memohon Skim Bantuan Rumah Pertama MyHome 2014


MyHome 2014 atau Bantuan Rumah Pertama merupakan sebuah projek perumahan dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Projek ini telahpun diluluskan Kerajaan Malaysia sejak 1 Januari 2014 yang lalu.

Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome ini diwujudkan adalah tujuannya untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dibawah RM3,000  dan RM6,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri yang berkos rendah atau kos sederhana.

Skim ini juga turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.Menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.

Syarat Dan Cara Memohon Skim Bantuan Rumah Pertama MyHome 2014

"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," Dato' Seri Najib (KLIK)

Fakta mengenai Bantuan Skim MyHome 2014
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah setakat ini

Syarat untuk layak menerima Skim Bantuan Rumah Pertama MyHome 2014
  • Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia
  • Terbuka untuk pembeli rumah kediaman pertama sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Bagaimana Subsidi Skim MyHome diberikan ?
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi untuk satu kediaman adalah RM30,000 sahaja.
  • Contoh:  Kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Borang Permohonan Skim MyHome ?
  • Pemohon yang berminat boleh merujuk terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan bantuan Skim MyHome bermula pada April 2014.
  • Permohonan secara online Skim MyHome masih belum disediakan.
  • Tarikh untuk anda melakukan permohonan adalah mulai  1 April 2014.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 14, 2014

7 Komen:

  1. Peluang lebih ramai mampu milik rumah pertama.

    BalasPadam
  2. Alamak terlepaslah peluang ni..

    BalasPadam
  3. untuk yang masih bujang pun layak memohonkan? atau untuk yang sudah berkahwin sahaja?

    BalasPadam
  4. 10,000 unit pertama adalah sgt terhad, maka dgn itu setiap kawasan yg ditetapkan jugak belum diketahui...sapa cepat dia dpt..

    BalasPadam
  5. sekiranya saya dah membeli rumah tetapi rumah tersebut telah disytihar terbengkalai. Sehubungan itu, saya terpaksa mengeluarkan duit dgn cara meminjam bank. Setelah hampir siap, pemaju baru masuk dan menjelaskan bahawa saya terlebih ambil tanah. Kesilapannya, pemaju lama telah menganjakkan rumah itu ke belakang sedikit dan menyebabkan ruang depan besar. Saya pula telah membesarkan bahagian dapur. Saya ikut pelan asal. Bolehkah saya mendapatkan peruntukkan ini untuk menampung kewangan sekiranya saya dipaksa membayar harga tanah yang telah diambil?

    BalasPadam
  6. saya tak tergolong dalam ni kot. Takde pula feedback dari pihak berkenaan

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA