Program Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Borang Daftar Secara Online

Program Bantuan Baucar Kerja RM 35 Sehari - Zulkbo Blog

Pendaftaran Program Bantuan Baucar Kerja RM35 sehari boleh dilakukan secara online. Program ini telah ditubuhkan oleh kerajaan dan diselia oleh Kementerian Sumber Manusia bagi membantu golongan miskin yang menetap di bandar bagi menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan hanya akan diagihkan bermula bulan April 2014 nanti. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai program Bantuan Baucar Kerja dan langkah-langkah bagaimana untuk mengemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
  1. Individu berpendapatan bawah RM 3,000 sebulan
  2. Menetap di kawasan bandar sahaja
  3. Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  4. Golongan tidak bekerja tetap tetapi digalakkan bekerja sambilan
  5. Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih

Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online
  1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
  2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan anda menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat
  3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
  1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.
  2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.
  3. Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja
  1. Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
  2. Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  3. Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih

Apa itu Ekasih?

Ekasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti golongan individu yang betul-betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

Sumber : BR1M 3

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 05, 2014

4 Komen:

  1. Moga memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan. Terima kasih berkongsi info =)

    BalasPadam
  2. banyak juga tu rm35 sehari
    jangan pula ada yang terus2an tak mahu cari kerja nanti
    haha

    BalasPadam
  3. Kena menfaatkan bantuan, tapi jangan leka pulak

    BalasPadam
  4. Assalam...
    Testing..testing...
    KOmen saya panjang lebar tadi telah hilang?
    dah malas nak taip balik...

    BalasPadam