Komputer Riba Terkini Toshiba Chromebook

Antara komputer riba kegemaran dan sering menjadi pilihan saya adalah dari jenama Toshiba. Toshiba secara rasminya telah memperkenalkan Chromebook pertamanya dengan nama Toshiba Chromebook. Produk didatangkan dengan saiz 13.3 inci dan skrinnya mempunyai resolusi 1366x768 piksel.

Komputer Riba Terkini Toshiba Chromebook


Seperti Chromebook dari jenama lain, Toshiba Chromebook menggunakan sistem operasi Chrome yang pantas dan selamat. Chromebook keluaran Toshiba bakal dijual dengan harga sekitar AS$280 (RM868). Beroperasi dengan prosesor Intel Celeron 2955U.

Rekaan dari Toshiba ini juga turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 2GB. Selain itu juga mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 16GB. Ciri lainnya termasuklah HD Webcam,13.3-inch Diagonal HD TruBrite Display, dua port USB 3.0, port HDMI, slot kad SD, wi-fi serta Bluetooth. 

Chromebook hadir dengan papan kekunci bersaiz penuh. Toshiba Chromebook tidak mempunyai fungsi skrin sentuh, dan sebagai pengganti untuk menarik perhatian pengguna, Toshiba menawarkan bateri yang mampu bertahan sehingga sembilan jam.

NOTA: Maklumat lanjut berkenaan gadget ini anda boleh dapatkan di sini (KLIK)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 05, 2014

7 Komen:

  1. Tidak salah saya Yes ada pakej sekali dengan laptop Samsung Chrome.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada saya ada tengok hari tu..model Samsung datang dengan 4 Giga

      Padam
  2. mana tau dapat hadiah kahwin macam ni
    wah dah rupa baru blog ni...tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh..dah nak kawin ke..Alhamdulillah..
      lengkap hidup sebagai seorang lelaki beriman..
      inshaAllah..minta jer ngan bakal isteri nanti Bro

      Padam
  3. Tunggu review..kalau ok boleh angkat 1.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga mampu milik tu..
      bolehla beli satu nanti

      Padam
  4. Sudah ada usaha dari Google untuk cuba bersaing dengan OS mainstream. Namun begitu belum cukup hebat untuk menggugat.

    Apa pun, bagus buat pengguna bila disajikan dengan lebih banyak pilihan. :)

    BalasPadam