Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA? 

Kontest anjuran blogger Hasrul Hasan yang mempunyai ranking yang baik di Alexa, di bawah 300 ranking blognya di Malaysia. Satu pencapaian yang agak baik oleh sebuah Blog Tutorial baru (pandangan saya) yang begitu mendapat tempat pembaca di Malaysia untuk mencari ilmu tentang berblog. 

Agak lama saya tidak menulis tentang ilmu SEO tentang berblog semenjak Blogspot membuat pelbagai perubahan dalam susun atur dan penambahbaikan Blogspot itu sendiri agar berkualiti seperti blog-blog Worpress. Kelebihannya Blogspot tetap percuma untuk pengguna setianya seperti saya. 

Walau ber'dot com' blog ini masih menggunakan platform Blogspot. Saya hanya perlu membayar RM30 setahun sahaja untuk mendapat dan mengekalkan nama yang sedia ada, www.zulkbo.com. Selebihnya adalah percuma termasuk template blog yang boleh kita cari serata alam maya ini. 

Aktifnya saya berblog pada tahun 2010, walaupun platform blog ini telah ujud pada tahun 2008 lagi. Bertukar nama domain blog pada tahun 2011 dan saya begitu bersemangat untuk berblog dengan mempelajari pelbagai ilmu berblog Blogspot dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. 

Alhamdulillah, trafik masuk ke blog saya dapat agak besar melalui ilmu blogging yang telah saya pelajari tentang pelbagai cara termasuk mengubahsuai template blog, untuk menjadikan blog saya antara yang mendapat carian hadapan Google (SERP) dan trafik yang masuk beribu walau hanya untuk 1 entri sehari sahaja. 


Memang itu kepuasannya yang saya dapat bila kita berblog ini (padangan peribadi), bila melihat trafik mencanak masuk. Antara pencapaian terbaik blog saya yang berplatform percuma Blogspot ini adalah mendapat kedudukan Alexa Malaysia Ranking 492. Target peribadi saya sendiri telah tercapai untuk berada di bawah 500 Ranking Alexa Malaysia. 


Tapi itu tak lama, bila Blogspot mula membuat pembaharuan dan mula mem'penalti' blog-blog yang terlalu banyak mengubahsuai template blog mereka. Trafik masuk ke blog jatuh menjunam macam air terjun sahaja rupanya dan laju pulak tu tak dapat ditahan-tahan lagi.

Jadi saya bukanlah orang yang layak sebenarnya untuk mengajar ilmu berblog kepada blogger Blogspot masa sekarang, sebab blog saya pun bukan ada apa-apa pun yang istimewa. Apa pun jika ada pertanyaan anda boleh email saya. Terima kasih pada pembaca tegar dan rakan blogger aka follower yang tak pernah jemu singgah membaca di sini.

Jadi hari ini, hanya pengalaman yang saya kisahkan dalam contest Ilmu Blogspot Blogger Malaysia agar menjadi pengalaman dan pengajaran buat kita semua. Anda boleh sahaja menulis tanpa ilmu berblog kalau ada bahan yang hendak ditulis. Setidaknya penulisan anda itu akan tersimpan di alam maya untuk menjadi rujukan anda di masa akan datang.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 01, 2014

16 Komen:

  1. Selalunya blog yang berinformasi lebih mudah mendapatkan kedudukan baik kerana Google beranggapan ia bermanfaat.

    Selamat berjaya dengan penyertaan contest ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      setuju dengan pandangan Bro tu

      Padam
  2. Salam Zul lama tak singgah kemari semoga anda ceria sentiasa, apapun blog kena update sentiasa kan saya pun sama agak slow berblogging sekarang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yassin..
      begitulah gayanya..cuba sehabis baik

      Padam
  3. bro antara yang saya kagumi..

    bilalah nak mantap macam bro zulkbo dan bro hasrulhassan

    BalasPadam
  4. lama betul tak singgah ke sini
    blog pun dah nampak lain
    kemas je

    rasanya
    makin lama berblog
    makin banyak yang tak diketahui

    BalasPadam
  5. baru belajar dalam dunia blogging....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la saya pun masih lagi belajar dan belajar

      Padam
  6. Kita belajar, menyesuaikan diri & memanfaatkan peluang dalam lingkungan teknologi.

    Dengan kepayahan serta kekangan yang ada ini kita masih lagi bergelar seorang blogger. Pada saya Itu sudah cukup hebat. lebih-lebih lagi bagi yang masih menggunakan platform blogger / blogspot seperti Tuan & saya. :)

    BalasPadam
  7. memang hebat la bro...
    aku dulu berblog pon gune blogspot jugak... bnyk bende aku blaja...

    Recent Post from MQ~Live :Keunikan Cappuccino, Enak dinikmati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah dan komen Bro..
      sedap Cappuccino tu..

      Padam
  8. assalam bro

    saya ada try nak emel tak tau dapat tak

    http://vitaminderoyale.com

    BalasPadam
  9. maaf bro bukan emel, mesej kat google +

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA