Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL Drama Festival Kuala Lumpur

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur berlangsung di Hotel Royale Chulan dan disiarkan secara langsung menerusi TV3. Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.

Pemenang Kategori Pengarah Pilihan Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

Drama Pilihan: Love You Mr Arragant  

Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi 

Pelakon Wanita Pilihan: Zara Zya 

Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia) 

Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud) 

Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)

Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 23, 2014

2 Komen:

  1. KM tunggu Dayang Nurfaizah nyanyi lagu "Ariana Rose" live tue

    BalasPadam
  2. rasanya ada juga menonton love you mr arragant tu

    BalasPadam