Gambar Nikah Kahwin Linda Hashim Dan Beego



Pelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim, 29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, Kuala Lumpur,  Jumaat malam tadi.

Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam.


Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran. Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan. (klik) 41 GAMBAR

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung. Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu malam. SUMBER


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 08, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan