Punca Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh Dan Gambar Sekitar Runtuhan

Siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menumpukan pada kegagalan kerja struktur asas yang dipercayai menjadi punca keruntuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang semalam.
   
Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi berkata faktor utama kejadian itu mungkin akibat kegagalan kerja struktur asas. Katanya beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada kurang penyelengaraan atau pemasangan struktur asas yang tidak betul.




Saya tidak menolak kemungkinan lain tetapi siasatan awal kami adalah pada kerja-kerja asas struktur binaan. Semua ini perlu dilakukan mengikut amalan kejuruteraan yang baik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini - Pengarah DOSH Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi SUMBER
   
Runtuhan itu membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung di Pakej 3A iaitu di susur keluar dari jambatan itu ke lebuh raya di bahagian pulau. Beliau berkata siasatan mungkin boleh berlarutan sehingga dua bulan bergantung kepada keadaannya yang rumit.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 08, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan