Kenali Personaliti SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia PRU-13

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Election Commission of Malaysia', ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.

Sejarah

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.

Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.

Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.

 
Personaliti SPR Suruhanjaya Pilihan Raya untuk PRU-13 : The Star


Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden. Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja. Pengerusi SPR untuk PRU-13 adalah, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilantik pada 31 Disember 2008 sehingga 24 Januari 2016

Fungsi

Mengikut peraturan pilihan raya, tugas-tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih. Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.


Sumber: WIKI

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 05, 2013

6 Komen:

  1. Terima kasih bro untuk info ni,kita kena kenal juga personaliti dalam SPR ni

    BalasPadam
  2. Mereka ini menjadi perhatian sepanjang pra PRU13.

    BalasPadam
  3. penting untuk menajmin kelancaran pilihan raya

    BalasPadam
  4. semoga PRU13 nanti berjalan dengan lancar...amin...

    BalasPadam
  5. Terima kasih info diatas moh pakat mengundi :)

    BalasPadam
  6. Semoga demokrasi terus subur di bumi Malaysia.

    BalasPadam