iPhone 5 Gadget Impian Yang Sinonim Dengan zulkbo Blog


Bila anda membuat carian ke blog zulkbo.com di Google, akan keluar paparan seperti di atas. Saya berasa amat berpuas hati kini, kerana akan terdapat gambar kecil muka saya melalui profile Google Plus , sebagai author (penulis blog) ini yang mendapat pengiktirafan dari Google.

Mudah saja kalau anda juga nak dapatkan seperti yang saya dapat itu, cuma 'link' kan blog anda dengan akaun Google Plus anda. Lambat laun akan keluarlah gambar kecil anda seperti itu yang lebih dikenali sebagai 'Google Snippet' di kalangan pemblog seluruh dunia maya.

Kedua, saya berasa suka sangat bila di sertakan sekali pautan 'about me author', satu pautan tentang penerangan serba sedikit tentang diri saya. Seterusnya disertakan juga pautan ke 'site map' blog saya yang dijadikan antara  asas 'sitelinks' utama ke blog saya.

Cuma yang ini agak menghairankan saya berkenaan pautan entri 'iPhone 5 Gadget Impian' yang berada pada ranking pertama 'site links' blog saya. Adakah ini menunjukkan betapa sinonimnya blog ini dengan contest yang pernah di adakan sebelum ini oleh Bro Denaihati?

Pada pandangan peribadi saya yang bukannya pakar SEO blog, entri itu telah menyumbang banyak pautan (link) masuk dan keluar. Begitu juga kerana jumlah Google Plus yang  telah disumbangkan oleh ramai peserta contest tersebut sebelum ini.

Saya pasti, ini sudah tentu dijadikan salah satu faktor utama oleh Google untuk mereka menempatkan pautan entri tersebut berada paling utama bila di buat carian ke atas blog ini. Itu pandangan peribadi saya sahaja, bagaimana pandangan anda?

Bagaimanapun sekiranya anda tidak menyukai sesuatu 'sitelinks' yang telah di buat oleh Google kepada blog anda? Sepengetahuan saya anda boleh mengirim permohonan untuk membuangnya melalui 'Webmaster Tool' anda. 

(If you don't want a page to appear as a sitelink, you can demote it. Only site owners and users with full permissions can demote sitelinks).

Jadi terserahlah kepada anda bagaimana menentukan rupa paparan blog anda di carian Google. Cuma yang paling penting anda perlu me'link'kan dahulu akaun blog anda dengan Google Plus, selain mendaftar dengan akaun Google 'Webmaster Tool'. Selamat mencuba!


 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, April 06, 2013

9 Komen:

  1. sah2 pic tu mmg kacak heee

    BalasPadam
  2. nampak kalau bro x pakai iphone ke cari satu ni heheheh

    BalasPadam
  3. Pakcik google rasa info menarik disitu.:-)

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!

    hebat!

    BalasPadam
  5. hehe saya punya blog dah hilang dah sitelink dia haha

    http://www.suterablogger.com

    BalasPadam
  6. ooo boleh kirim permohonan utk buang yer...

    BalasPadam
  7. betul tu bro. biasanya blog yang berdomain sudah lama akan tersendiri ada sitelink itu.

    BalasPadam
  8. Hasil carian blog akuanakpahang ada juga keluar gambar penulis blog koi tak tahu lalu abender kelebihannya main ikut aje :)

    BalasPadam
  9. salam
    molek juga kalau dapatkan satu atau dua iphone 5 tu
    hehe

    BalasPadam