Nigeria Juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 | Video Gol Sunday Mba

 
Nigeria akhirnya berjaya menamatkan penantian hampir sedekad apabila muncul juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 dengan mengalahkan Burkina Faso 1-0 dalam aksi final di Stadium FNB awal pagi semalam. Ini merupakan kali ketiga Nigeria mendakap trofi Piala Negara-Negara Afrika selepas muncul juara edisi 1980 dan kali terakhir edisi 1994.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh pemain muda, Sunday Mba pada minit ke-40 itu sudah cukup untuk menjadi pemisah kedua-dua pasukan dalam aksi yang cukup dramatik itu. Kejayaan The Super Eagles muncul juara kali ini dilihat cukup bermakna buat jurulatih, Stephen Keshi yang muncul individu kedua menjulang trofi selaku jurulatih dan pemain.


Stephen Keshi sebelum ini merupakan watak penting Nigeria apabila menggalas tugas kapten semasa kali terakhir mereka muncul juara pada edisi 1994. Kejayaan Keshi meneraju Nigeria menjulang kejuaraan kali ini, menutup mulut pengkritik beliau sebelum ini apabila tindakan beliau mengetepikan beberapa pemain berpengalaman seperti Peter Odemwingie dan Obafemi Martins bagi mengharungi kempen kali ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 13, 2013

8 Komen:

  1. memang mereka kuat...perkasa

    BalasPadam
  2. datang lagi nak berukuhuwa..apa khabar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      sihat, harapan anda juga
      sihat seisi keluarga :)

      Padam
  3. ~ sesi blog walking : kurang minat piala afrika

    BalasPadam
  4. tahniah nigeria
    tapi sedih jurulatihnya letak jawatan sebab menang
    macam2 lah sepatutnya kalah letak jawatan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabarnya beliau dah tarik balik
      perletakan jawatan selepas itu..
      macam-macam la :)

      Padam
  5. Kehebatan geng ini mmg sukar ditandingi yak....

    BalasPadam
  6. salam
    kita ni, bila la nak penang piala asia

    BalasPadam