Apa Itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan? Pencegahan Dan Cara Rawatan

Apa itu kudis tekanan atau bed sores? Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.


Antara tanda-tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko. Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan ialah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya. Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Antara cara untuk mencegah kudis tekanan adalah dengan mengalihkan posisi pesakit setiap 2 jam sekali. Ini kerana salur darah menjadi lebih sempit disebabkan berat badan pesakit menekan salur darah. Selain itu, penggunaan tilam khas (klik) juga dapat mengurangkan risiko mendapat kudis tekanan. Tilam khas ini dapat mengurangkan tekanan pada tempat-tempat yang terlibat.

Satu lagi cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kudis tekanan adalah dengan melakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kudis. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisiko. Dinasihatkan supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf. Selain itu, pengambilan makanan yang bernutrisi juga sangat penting.

Cara baringan yang baik bagi menghindari terkena kudis tekanan:
  • Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.
  • Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan.
  • Jangan baring di atas tulang pinggul.
  • Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
  • Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.

Bagi pesakit yang terlantar di tempat tidur seperti pesakit angin ahmar, dan pesakit yang tidak sedarkan diri, penjaga perlu mengalihkan posisi badannya setiap dua jam sekali (mengiring sebelah kanan, telentang, mengiring sebelah kiri) dan melapik dengan bantal pada bahagian-bahagian tertentu badan untuk mengurangkan tekanan. Elakkan geseran yang terlalu kasar ketika perubahan posisi dilakukan.

Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor tidak membenarkan pesakit memakai pampers untuk memudahkan persalinan kepada pesakit. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal.


Jika kudis tekanan telah muncul, anda perlulah merawat kudis tersebut dengan segera. Penjagaan rapi kudis ini dengan kerap mencuci bahagian kudis adalah sangat penting. Anti-septic boleh digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan. Ubat-ubatan juga boleh digunakan seperti antibiotik jika jangkitan berlaku. Walau bagaimana pun, sila dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum melakukan rawatan susulan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 09, 2013

17 Komen:

  1. Benar sekali Ripple Mattress dapat mengatasi masalah bed sore. Alat ini biasanya digunakan kepada pesakit yang terlantar dihospital. Semasa arwah nenek duduk bersama kami ada dibeli alat ini.

    BalasPadam
  2. Aya selalu jumpa macam ni.. yang penting, keluarga pesakit tahu bagaimana menjaga pesakit yang terlantar dan terbaring lama di hospital. sbb itu mekanisma sakit atau pain mechanism penting untuk protect badan kita.contohnya,kalo dah mula sakit punggung sbb duduk lama, kita akan ubah posisi bg mengelakkan tekanan yang lama di bahagian punggung tersebut.

    BalasPadam
  3. baru tau penyakit sebegini
    pencegahan paling utama

    BalasPadam
  4. pehh..bahaya juga ni rupanya..

    BalasPadam
  5. assalam, bagus perkongsian ini...semoga kita sentiasa berusaha mencegah dari dihinggapi sakit..

    BalasPadam
  6. Info yang baik..terima kasih utk perkongsian ini :)

    BalasPadam
  7. masa bapa saya koma, ada juga kudis kat kepalanya, tapi alhamdulillah dah sembuh dah cuma ada kesan parut sikit..

    BalasPadam
  8. ish ngerinya tengok kudis tu. kalau ikutkan aku biarkan dia terdedar dengan udara supaya cepat kering. nanti cepat lah dia baik.

    BalasPadam
  9. salam
    nampaknya penjaga atau pengasuh yang perlu ambil perhatian
    orang sakit dah tak boleh nak buat apa

    BalasPadam
  10. wife den staff nurse...dia biasalah jumpa dengan masalah2 macam nih...

    BalasPadam
  11. sangat mengerikan apa lagi kalau komplikasi dengan diabetes melitus

    BalasPadam
  12. kudis nampak macam kudis biasa je, tapi sebabkan kesakitan dan senang merebak tu yg memang nak kena sangat berjaga2.

    BalasPadam
  13. ayah sy skrg kne back sore di punggung sbb lme sgt dduk kt krusi roda..nasib baik dpt taw awal..siapa kat sini yg nurse..nk taw cara penjagaan untuk org yg back sore nie..nk taw ape ubt n cara nk rawat back sore..

    BalasPadam
  14. thankz untk info nie..sape ye kt sini nurse..nk tawu mcm mane nk rawat back sore nie..nk cuci or nk letak ubat ape?? ayah sy baru terkene back sore..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bawa ke klinik dulu
      dan dapat nasihat doktor
      ubatan nak mencuci..penjagaan
      amat penting, simpati kat
      ayah anda..moga beliau sembuh

      Padam
  15. Tanpa Nama02 April, 2013

    emak saya pun telah kena kudis ni..hampir 3 bulan dah..masa mula2 kena dlm sehari saya telah beli tilam khas tu..tetapi masih juga timbul beberapa kudis lg termasuk di belakang dan betis..sehingga ke hari ini saya dah cuba beberapa jenis ubat tetapi nampaknya belum menampakkan kesan positif..cuma bertahan dan tidak terlalu parah..yang mula2 naik nmpak makin elok tetapi yg baru ada tu makin teruk pula sedangkan rawatan yg sama telah dibuat..walaubagaimanapun saya masih berikhtiar di samping berdoa dan tawakkal..krn saya sedar semua adalah atas keizinanNya jua..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog