Gempar Tahi Bintang (Meteor) Jatuh Di Rusia (Video)

Serpihan tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera. Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.



 
Lagi video di sini (KLIK)

Menteri dalam negeri Rusia berkata, lebih 400 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain, turut mengakibatkan komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

Menurut sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan.

Sumber: Reuters



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 15, 2013

6 Komen:

  1. betul ke tu tahi bintang? nanti macam jerman yang membuat isu palse berkaitan UFO. mane wujud sebenarnya.

    BalasPadam
  2. kalau betul, harap kejadian yg sama tidak menimpa bumi Malaysia...

    bro jemput join contest den yer...;)

    http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html

    BalasPadam
  3. tahi bintang atau sisa serpihan dari kapal angkasa rusia? :|

    BalasPadam
  4. tengok dalam berita malam tadi dah macam dalam filem dah..

    BalasPadam
  5. Kali ni menimpa di kawasan penempatan manusia.

    Moga dijauhkan menimpa kita dan saudara2 kita...

    BalasPadam