Shila Amzah | Masih Aku Cinta | Lirik Lagu Dan Video

Layan lagu kemaruk orang yang putus cinta oleh Shila Amzah yang dicipta khas oleh beliau kepada bekas kekasihnya yang saya dapat di SINI. Berlainan dengan lagu kontroversi Ombak Rindu dendangan beliau sebelum ini. Kelakar pun ada bila terkenang kisah-kisah cinta monyet saya sendiri sewaktu remaja dahulu.

Dalam lagu yang telah dinyanyikan Shila dengan iringan muzik petikan gitar olehnya sahaja, Shila telah menamakan lagu tersebut berjudul Masih Aku Cinta. Walaupun lagu tersebut bukanlah lagu yang siap sepenuhnya, khabarnya lagu berkenaan adalah gambaran hati Shila terhadap Sharnaaz yang disayanginya.

Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu, memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku, kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

NOTA: Bercinta memang indah, tetapi terjadinya perpisahan satu yang menyakitkan. Tapi percayalah setiap apa yang berlaku, ada hikmah Allah di sebaliknya. Percintaan malah perkahwinan tanpa restu kedua ibu bapa antara punca kes perceraian yang paling banyak terjadi di negara kita masakini. Jadi sebagai anak-anak, pastikan diri anda mendapat restu kedua ibu bapa dalam segala perlakuan dan tindakan. Saya percaya, tiada ibu bapa yang tidak mahukan kebahagian buat anak-anak mereka.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 15, 2013

6 Komen:

  1. kesian jugak kat dia ni. tapi tula, restu mak ayah lebih utama. huhu

    BalasPadam
  2. kena juga minta restu ibu bapa. tapi kesiankan tertekan dia

    BalasPadam
  3. alaa kalau kawin tak dapat restu keluarga pun tak guna jugak. mungkin takan kekal lama.

    BalasPadam
  4. singgah jap..nti join cni ye..http://sophiepariskiosk.blogspot.com

    BalasPadam
  5. salam
    betul tu
    masih aku cita selagi ada cinta dalam hati

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog