Berjaya Mengatasi Masalah Short And Duplicate Tag Dan Google Kemaskini Pagerank Januari 2013

Masih ingat dengan entri saya sebelum ini (KLIK) berkenaan 'Short And Duplicate Tag' yang saya begitu mengambil berat tentangnya kerana berkemungkinan blog saya akan dipenalti oleh Google? Alhamdulillah, akhirnya masalah ini telah berjaya saya atasi berpandukan pembacaan saya dari blog yang pernah mengalami masalah yang sama.

 
Disember-2012


 
Januari-2013

Mungkin ramai yang tak ambil kisah atau tak tahu berkenaan dengan perkara ini, tapi saya pasti benda sebegini adalah satu kesalahan dan Google tentu tak suka dengan 'Short And Duplicate Tag' yang ada pada sesebuah blog. Walau bukan pakar tentang ini, dan saya sendiri tak tahu nak terangkan bagaimana. Anda boleh Google sendiri di internet!

Pasti anda ingin tahu bagaimana  perkara ini boleh berlaku pada blog anda? Anda boleh log masuk ke akaun Webmaster Tool anda dan pergi ke Optimization dan klik HTML Improvements. Di sana akan disenaraikan entri anda yang dianggap oleh Google sebagai masalah pada mereka. Saya pasti masalah ini akan mengganggu SEO blog anda dalam jangkamasa panjang jika di biarkan.

Selalu terjadi pada blog yang menggunakan Blogspot yang telah mengubahsuai HTML blog mereka. Saya menggunakan teknik yang disyorkan oleh blog ini (KLIK), kerana berkemungkinan masalah ini diakibatkan oleh penggunaan 'archives blog', alhamdulillah menunjukkan perubahan ketara dalam jangkamasa sebulan sahaja.

Walau tidak kesemuanya diperbaiki, setidaknya pengurangan jumlah 'Short And Duplicate Tag' pada blog ini sudah cukup mengembirakan saya. Untuk pengetahuan anda, Google telah melakukan kemaskini Page Rank mereka sejak 28 Januari lepas secara berperingkat. Blog ini masih kekal dengan PR3, dan anda boleh lakukan semakan PR blog anda di sini (KLIK).


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 05, 2013

15 Komen:

  1. entry yang berguna bro! harap rakan-rakan blogger sudah menyemak masalah short and duplicate di blog masing-masing.

    BalasPadam
  2. harap next target kita berjaya bro.. iaitu update ke PR4.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah bro...
    tips yang berguna la bro..
    tapi alhamdulillah baru lepas cek, tak de masalah

    BalasPadam
  4. PR masih kekal
    ok la tu.. jangan jatuh
    kalau naik lagi bagus,, huhu

    BalasPadam
  5. terima kasih maklumat yg amt beguna
    kome bende gini paling ambik berat... kat sana semua zero belaka

    BalasPadam
  6. Lama tak jengah kesana...mesti banyak yg duplicate nih....:)

    BalasPadam
  7. pr blog puteri kekal..lepas ni kena naik lagi.

    kena selalu singgah ke webmaster tools untuk memastikan semuanya berjalan lancar kan :)

    BalasPadam
  8. salam..

    memang masalah ni menghantui hidup saya juga. dulu sikit je, tapi baru beberapa hari lepas saya buka webmaster tools dan tengok3 link dah ribu tu...takut juga. dgn bantuan blogger hasrulhassan, alhamdulillah, masalah ni sudah bernasur kurang. harap kurang dengan cepat.

    BalasPadam
  9. Ambe nak kena jenguk jugak benda ni. Sayang blog ambe tuh..hehe

    Terima kasih bang zulkbo berkongsi. Ambe baru tau pasal ni..terima kasih

    BalasPadam
  10. blog den pun masih di PR 3...:)

    BalasPadam
  11. owhh. dah lama tahu cuma template yg ada sekarang mmg byk duplicate. dulu masa guna template lama okay je. takpe, kejap lagi shahblogger nak release thesis v3. tak sabar menunggu.

    BalasPadam
  12. nak cek jugalah tapi macam mana nak repair...

    BalasPadam
  13. Banyak tugas perlu dilaksanakan jika mahu yang terbaik daripada Google.

    BalasPadam
  14. salam
    nampak dah tak banyak yang perlu dibaiki tu, bro
    tahniah

    BalasPadam
  15. aku biar aje bab duplikat tu. haha..

    BalasPadam