Fakta Tentang Madu Lebah Dan Khasiatnya

Minum air campuran madu lebah dan limau lemon menjadi amalan saya sekarang berikutan penyakit batuk-batuk yang sering saya alami. Setelah makan pelbagai ubat batuk dan antibiotik, batuk-batuk tetap terjadi juga. Ada kalanya memang menyakitkan, sehingga ada seorang rakan mencadangkan saya meminum air campuran madu dan limau lemon.

Memang telah banyak kisah tentang khasiat madu lebah ini  diceritakan di pelbagai laman blog. Kali ini saya juga ingin berkongsi fakta-fakta dan khasiat madu lebah  kepada manusia yang telah diamalkan oleh manusia sejak berabad-abad lamanya. Malah dalam Al-Quran sendiri ada menceritakan tentang kebaikan madu lebah kepada manusia.

…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69)

 
Madu lebah di rumah saya: GAMBAR HIASAN

Fakta mengagumkan itu bukan sekadar mitos apabila sekumpulan ahli arkeologi yang membuat eksplorasi di makam yang ada di Mesir pernah menemui balang kaca berusia 2,000 tahun yang mengandungi madu dan ia masih berada dalam keadaan baik serta boleh dimakan.

Ia adalah pemanis semula jadi yang berasal daripada aktiviti lebah dan hampir satu juta tan madu dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia.

Menyingkap sejarah madu, dipercayai amalan menyimpan lebah bagi penghasilan madu sudah wujud sejak 20 juta tahun lalu berdasarkan beberapa peristiwa zaman purba yang direkodkan. Antaranya, masyarakat Mesir menjadikan bahan makanan itu sebagai alat pengorbanan dalam upacara keagamaan mereka manakala bangsa Rom pula menyapu madu pada luka mereka.

Namun, harga madu yang terlalu mahal ketika itu menyebabkan ia hanya mampu digunakan golongan kaya dan bangsawan.

Ramai terkejut apabila mendapati bakteria tidak boleh tumbuh dalam madu tetapi komposisi kimia unik iaitu kandungan air yang rendah dengan kadar asid tinggi menyebabkan madu mempunyai bacaan pH antara 3.2 hingga 4.5, sekali gus menyediakan persekitaran negatif bagi pertumbuhan mana-mana jenis mikro organisma.

Sebagai bahan rawatan semula jadi, madu pilihan tepat bagi meningkatkan tenaga fizikal kerana ia adalah sumber semula jadi karbohidrat yang mampu memberi kekuatan serta mengurangkan masalah lemah otot.

Kandungan gula semula jadinya juga mampu memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula tenaga yang hilang selepas penat bersenam kerana gulanya diserap pantas. Ini seterusnya memberi tenaga segera sementara kandungan gula fruktosa yang ada di dalam madu pula diserap lebih perlahan, memberikan tenaga berpanjangan.

Oleh itu, sebelum melakukan sebarang senaman contohnya menyertai larian berjalan kaki, pengambilan sesudu madu sudah mampu memberi lebih tenaga yang boleh menyokong aktiviti berkenaan.

Madu juga mampu membina sistem pertahanan badan yang baik selain kandungan antioksidan dan antibakteria yang ada padanya menggalakkan kesihatan sistem penghadaman yang membantu seseorang itu kekal sihat dan kuat untuk melawan penyakit berjangkit.

Walaupun madu bukan ubat kepada barah, ia mempunyai komponen tertentu yang mampu memberi perlindungan sewajarnya dari penyakit barah.

Sejak berkurun lamanya, madu digunakan sebagai ubat semula jadi yang mampu merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan kulat, masalah kaki atlet dan sakit sendi berikutan ia mempunyai sifat antiseptik yang menghalang pertumbuhan bakteria tertentu dan membantu menjaga luka supaya ia kekal bersih dan bebas daripada jangkitan.

Ia juga boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk merawat luka dan kulit terbakar kerana ia mampu menyerap kelembapan daripada udara serta menggalakkan penyembuhan.

Sapuan madu pada kulit juga boleh berfungsi sebagai ejen antiradang yang mengurangkan bengkak dan kesakitan termasuk parut.

Sakit tekak dan batuk juga boleh mendapat manfaat daripada madu memandangkan sifat antimikrob yang ada padanya, menenangkan kegatalan serta membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sukar tidur malam, gabungan susu suam bersama sesudu madu sudah cukup memberi ketenangan pada tubuh, yang akhirnya dapat menggalakkan tubuh mendapat rehat secukupnya.

Madu juga boleh digabungkan dengan beberapa bahan semula jadi lain untuk merawat diri antaranya cuka yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya membersihkan sistem penghadaman tubuh dan membantu mengurangkan sakit artritis.

Gabungan madu bersama kayu manis pula sudah digunakan sejak berkurun lamanya dalam merawat beberapa masalah seperti mulut berbau dan keguguran rambut yang serius.

Selain itu, campuran madu bersama limau nipis yang diminum ketika perut kosong atau selepas mengambil makanan berminyak, dapat membantu mengawal berat badan serta merendahkan kadar kolesterol kerana ia memecahkan lebihan lemak untuk digunakan sebagai tenaga.

Pemilihan madu bermutu tinggi penting bagi mendapat kebaikan penuh dan ciri yang perlu diberi perhatian penting adalah kandungan air yang rendah.

Ini kerana sekiranya kandungan air di dalam madu melebihi 19 peratus, ia boleh mengalami proses penapaian apabila lebihan air menyebabkan berlaku osmosis yang memaksa pembentukan yis, sekali gus akan menyebabkan madu lebah hilang kesegarannya.

Madu yang dikelaskan berkualiti tinggi selalunya mempunyai kandungan air dalam madu lebah serendah 14 peratus sahaja dan sudah tentu menyebabkan harganya lebih mahal di pasaran.

Antara cara untuk mengukur kandungan air dalam madu adalah dengan menterbalikkan balang madu dan perhatikan buih yang bergerak. Buih lebih cepat bergerak di dalam madu yang mempunyai kandungan air lebih banyak.

Satu cara lagi untuk mengesan madu yang berkualiti adalah melalui Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan.

Kandungan tinggi HMF boleh memberi petunjuk bahawa madu dipanaskan berlebihan ketika proses ekstrak dan sesetengah negara meletakkan had terhadap jumlah kandungan bahan itu di dalam madu yang diimport.

Paras HMF iaitu lebih daripada 100 mg/kg juga boleh menjadi penunjuk yang madu mungkin dicampur dengan gula lain seperti tebu atau sukrosa.

Selain itu, bagi kebanyakan pengguna, madu berkualiti tinggi perlu kelihatan bersih, jelas dan bebas daripada kekotoran, misalnya madu yang mempunyai kandungan debunga yang sangat tinggi akan kelihatan kusam.

Kehadiran pencemaran yang lain seperti zarah lilin lebah, serpihan kayu dan habuk sudah tentu mencacatkan rupanya dan menyebabkan ia nampak tidak menyelerakan, seterusnya membuatkan ia dikelaskan sebagai kurang berharga.

Madu turut diberikan gred mengikut warnanya sama ada cerah, gelap atau sederhana. Ia sebenarnya tidak memberi banyak makna dari segi kualiti tetapi mempunyai perbezaan rasa berdasarkan jenis bunga pada penghasilan madu itu.

Namun, madu yang mempunyai warna lebih gelap mengandungi kandungan mineral lebih tinggi seperti potassium, sodium, kalium, klorin, sulfur, zat besi, mangan dan magnesium.

Kaedah penyimpanan yang baik juga mampu memberi kelebihan kepada kandungan kebaikan madu supaya ia terus berada pada tahap optimum. Sekiranya ada bahagian madu berubah seakan-akan kristal, ia sebenarnya kerana kandungan airnya tetapi ia masih dalam keadaan baik dan tidak perlu dibuang.

Sebaiknya madu perlu disimpan di dalam bekas kaca, di tempat kering pada suhu bilik dengan penutup bekas dirapatkan bagi menjaga kualitinya, selain itu pastikan ia jauh daripada pancaran terik matahari.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 04, 2013

13 Komen:

  1. Bila sudah mengambil madu, makanan tambahan lain jadi tidak penting!

    BalasPadam
  2. Teringkat kisah madu menjadi warna warni akibat gula-gula m&m yang rosak dibuang telah diambil oleh lebah.

    BalasPadam
  3. makn madu bila batuk sahaja.. huhuhu
    kalau bolh amalkan mmg bagus

    BalasPadam
  4. sush nak cri model benar2 ori huhu..slu bli madu tu dtg dek semut sah2 tu bukn ori..

    BalasPadam
  5. nak try makan madu sebagai amalanlah...

    BalasPadam
  6. madu memang sejak zaman nabi lagi dah diuar2kan even dalam alquran pun ada sebut khasiat madu ni.

    BalasPadam
  7. salam
    nampaknya aku juga perlu minum madu ni
    dah dua tiga hari batuk

    BalasPadam
  8. memang tiap2 hari kome amal madu, anak3 sebelum ke sekolah sesudu sehari... madu ori dr kg ulu cheka... adik kome cari :)

    BalasPadam
  9. tidak pernah lagi mengamalkan makan madu jika batuk, insya-Allah boleh dicuba suatu hari nanti...;)

    BalasPadam
  10. Terima kasih berkongsi info yang menarik.
    Madu mmg baik utk kesihatan.

    BalasPadam
  11. Kalau madu tiga lagi terangkat..hehehehe

    BalasPadam
  12. madu memang tidak di nafikan mempunyai banyak khasihatnya, dulu masa batuk selalu ambil madu ni

    BalasPadam
  13. madu antibiotik semulajadi...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog