Petua Dan Cara Pemakaian Jaket Lelaki


Memang ada ramai juga orang yang tidak pandai memakai jaket (KLIK). Tahukah anda, labuh jaket lelaki juga penting dalam pemakaian anda agar kelihatan sesuai dengan diri anda? Kalau mengikut kebiasaannya, labuh jaket lelaki adalah separuh dari keseluruhan diri pemakainya bermula dari paras leher. Ini bermaksud,  jika ketinggian anda dari leher 60 inci, labuh jaket anda sepatutnya 30 inci. Anda boleh memakai labuh jaket yang lebih pendek, tetapi sebaiknya labuh di belakang mesti menutupi punggung anda seperti dalam gambar jaket yang dipakai oleh model di atas.

Bagaimana dengan labuh lengan jaket anda pula? Bergantung pada kesukaan anda yang memakai jaket. Ada orang yang suka menunjukkan sedikit hujung 'cuff' baju mereka, dan ada setengahnya yang tidak suka kerana mereka lebih suka menutupinya (gambar A). Jika anda suka menunjukkan 'cuff' baju anda, cukup sekadar 3/8 inci atau 1/2 inci sahaja (gambar B). Jika lebih dari itu (gambar C), labuh tangan jaket anda sudah dikira singkat.

Jika anda berpeluang membeli atau menempah jaket di kedai jahit, cuba dapatkan jaket yang tangannya mempunyai lubang butang sebenar (working button/real button hole). Ini kerana, jika anda dilihat memakai jaket yang menggunakan lubang butang sebegini, menandakan anda seorang yang peka dengan fesyen dan pandai memakai jaket. Tapi jangan lupa ada juga petuanya, selalu biarkan butang terakhir lengan jaket anda tidak dibutangkan kerana baru orang nampak butang lengan jaket anda adalah lubang sebenar (working button/real button hole). Selamat mencuba.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 25, 2013

15 Komen:

  1. :D Terima kasih atas petua ni! Nak pakai jaket pun kena ada ilmu..

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Saya tidak tahu ianya penting sebelum ini, saya main belasah je.

    Nak tempah nanti kena amik perhatian la. hehehe

    BalasPadam
  3. kalau sy, asalkan lelaki yg pakai jaket nampak hensem ckup dah.hehe

    BalasPadam
  4. salam
    tak biasa pakai jaket, bro
    apa pun boleh dijadikan panduan nanti

    BalasPadam
  5. nak beli jaket pun tak terbeli...apa2 pun nice info bro..

    BalasPadam
  6. thanks sharing. ada terbaca yang bahagian butang hadapan tidakperlu dipasang semua. cukup sekadar satu sahaja yang dibutangkan.

    BalasPadam
  7. Tidak pernah ada peluang untuk memakai kot. :-)

    BalasPadam
  8. biasa pakai kot jika pergi annual dinner jer...tuh pun asal pakai jer...hehe

    BalasPadam
  9. X sempat nak beli lagi.. huhu
    Nak tempah mahal sgt :)

    BalasPadam
  10. ada jg petua pakai baju tu yek
    komen seumur hidup belum pernah lagi pakai baju gitu weh...

    BalasPadam
  11. prefer yang A dan B. hoho..

    BalasPadam
  12. untuk artikel soal jaket kali ini pilih B deh..

    BalasPadam
  13. terima kasih petuanya bro, lepas ni kalau pakai nak kena cek point-point tu

    BalasPadam
  14. saya suka mengenakan cufflink apabila memakai kot. Bukan sebab nak bergaya tapi pemakaian cufflink membuat keyakinan meningkat. Setakat ini saya sudah ada 2 kot. Cuma satu saja yang kerap dipakai. Aduhh..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA