Methamphetamine adalah sejenis dadah sintetik yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat manusia. Kesannya bukan sahaja menjadikan individu itu ketagihan, malah ianya cepat membina toleransi kepada individu itu agar mereka untuk menggunakan lebih dan lebih bahan terlarang ini.
Kesan sampingan menggunakan dadah methamphetamine (Meth) termasuk paranoia, halusinasi dan tingkah laku berulang-ulang. Menurut Partnership for a Drug Free America, penagih dadah ini juga boleh mengalami delusi seolah parasit atau serangga merangkak di bawah kulit yang membawa mereka untuk menggaru diri.
Dalam jangka panjang penggunaan dadah methamphetamine ini, atau penggunaan yang melebihi dos yang tinggi, atau pada situasi kedua-duanya sekali boleh menyebabkan psikosis dan paranoia. Dalam beberapa kes yang di rekodkan, ianya juga boleh membawa kepada terjadinya strok dan membawa kepada kematian.
Di bawah adalah gambar beberapa individu yang mengalami perubahan pada wajah mereka, sebelum dan selepas akibat dari kesan buruk penggunaan dadah methamphetamine - Kredit: Rehabs.com
Rehabs.com, sebuah direktori pusat pemulihan dadah di USA, mengkaji dan menyenaraikan individu penagih-penagih dadah methamphetamine, untuk menunjukkan bagaimana dengan penyalahgunaan dadah methamphetamine tersebut, juga memberi kesan buruk kepada rupa mereka dalam tempoh yang agak singkat.
Bagaimana anda di luar sana, masihkah teringin hendak mencuba dadah-dadah sintetik terutama methamphetamine? Pada mulanya sekadar mencuba, bila dah ketagihan pasti tidak dapat meninggalkannya lagi. Mahukah anda berwajah seperti mereka yang di atas? Jadi, hindari diri anda dari menjadi mangsa penyalahgunaan dadah.