Gambar Sekitar Sepetang Bersama Blogger SBB 2013 Denaihati Di Hotel Singgahsana


 
Saya mengambil keputusan menggunakan LRT dari Stesen KLCC ke Stesen Taman Jaya untuk mengelak kesesakan. Alhamdulillah, tak sampai 20 minit dah sampai ke Stesen Taman Jaya sebelum menapak ke Hotel Singgahsana. Majlis bermula jam 2 petang dan saya tiba 10 minit kemudian, tapi memandangkan sesi mendaftar kedatangan agak mengambil masa, menjadikan majlis bermula sekitar jam 3 petang.


Selepas sesi mendaftar diri untuk dikenali dan memakai tanda nama, semua tetamu mula mengambil tempat. Bro Ilham, tuanpunya Blog Denaihati selaku tuan rumah memulakan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang kepada para bloggger yang ada setengahnya seawal jam 1 tengah hari telah tiba. Terima kasih pada blogger yang mengenali blog saya, dan inilah saya orangnya untuk anda kenali, jika selama ini kita hanya bertemu di alam maya sahaja.


Acara makan-makan apabila dilawa, semua tanpa segan silu beratur je..huhu. Terima kasih buat penganjur yang menyediakan juadah yang sedap dan menyelerakan. Boleh makan berapa banyak kali pun seandainya anda larat menjamahnya. Saya sendiri kalau tak silap dalam 2-3 kali juga makan, dan ada cendol juga buat para penggemarnya. Sempat juga jumpa Titan , blogger Banting yang menjadi penggemar cendol (serius je nampak hari ni?).

Antara blogger yang sempat saya bergambar dengan mereka antaranya, Cikgu Naman, Zarul Umbrella, Ariff Shah, Ladfeamir.Com, Hafizmohd.Com dan ProHariz.Com. Tahniah pada blogger yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah. Begitu juga para pemenang Contest iPhone 5 Gadget Impian. Antaranya Akmaomar. Com (terima kasih menyapa saya), Cikgu Naman (bawa pulang bukan iPhone 5 sahaja, malah basikal pun dia dapat) dan ramai lagi pemenang yang sudah tentu tersenyum bila pulang ke rumah.

Pada yang kurang berjaya, janganlah berkecil hati kerana menang atau kalah adalah adat dalam pertandingan dan keputusan juri adalah muktamad. Harapan, himpunan blogger kali ini telah menemukan kita dengan perasaan ukhwah sesama blogger. Walau ramai di antara kita baru pertama kali bertemu, dan masih segan-segan lagi untuk berbual.  Semoga kita bertemu lagi di lain himpunan dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih!


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 26, 2013

49 Komen:

  1. Wow meriah! :D Tahniah pada semua yang hadir!

    BalasPadam
  2. wah bestnya...
    deme dpt yg mana weh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat makan free dan ole-ole
      je wehh..tak pe lah, lain kali
      join lagi mana tahu dapat kereta
      pulak lepas nih..he he

      Padam
  3. Salam mmg hebat dan meriah kalau dekat boleh join sama yak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      lain kali kita ajak sponsor
      buat kat Jerantet la pulak
      he he

      Padam
  4. Walau tak bisa menghadiri SBB 2013 bisa melihat sahabat-sahabat blogger lewat gambar-gambar ini..
    Tahniah kepada blogger yang mendapatkan iphone 5 itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisa ketemu di lain masa
      terima kasih singgah dan
      komen di sini saudara :)

      Padam
  5. Wah.. tahniah kpd yg dpt join
    Yg dpt hadiah lg masyukkk huhuhu
    Harap akan dapat join event akan datang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap boleh jumpa Sop
      di lain masa gathering..

      Padam
  6. Rezeki pemenang. Ada yang menang hadiah berganda. Tanniah.:-)

    BalasPadam
  7. wahhh. tak berkesempatan nak pergi. tak pelaa tunggu lain kali. :)

    BalasPadam
  8. salam bro

    akhirnya dapat berjumpa secara realiti dengan bro zulkbo ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. w_salam Cikgu..
      wahh..menang besar semalam Cikgu
      tahniah, tahniah, taniah..

      Padam
  9. memang meriahhhh majlis semalam kan.. wahhh bestnya gambor mak dara pun ada terselit juga di atas antara tetamu yg hadir semalam terima kasih hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tegur..tapi segan la
      lain kali ada gather, boleh
      la menyembang :)

      Padam
  10. teringin giler nak datang, tp apakan daya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena tunggu tahun
      depan pula la Bro..jangan miss
      masa tu :)

      Padam
  11. dapat berjumpa dengan para blogger dalam satu majlis gilang gemilang dah dikira sebagai hadiah paling berharga :)

    * ruginya saya tak dapat turut serta :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rugi..tak sangka pula ye
      rakan sekolah anda menang ipad mini
      Ustazah Ain kan..?tahniah buat beliau

      Padam
  12. salam
    tahniah kepada semua yang hadir
    kami tumpang meriah dari jauh je

    BalasPadam
  13. Salam perkenalan bro...harap lepas ni dapat jumpa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga Bro..
      tahniah dapat ipad mini
      mahal tu :)

      Padam
  14. Datang curi gambar jap... Hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah curi..
      ambil je la..
      orang kampung juga
      ni :)

      Padam
    2. Ada masa kita lepak bersama lagi :)

      Padam
  15. pergh..ade jgk gmbar aku wlaupun dr blkg..
    snowcap jamaica, that's me

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noted..ada perasan, asyik
      berulang je ke meja makan..
      he he..tak pe maintain body :)

      Padam
  16. semoga kita dapat jumpa lagi yea....

    BalasPadam
  17. hoho..hoho..rajin hang berjalan-jalan semalam ye. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah memang target nak jumpa
      ko Titan, walau dimana anda
      berada..tak sempat sembang
      panjang kita la..

      Padam
  18. baru kali ni nampak wajah sebenar Zulkbo. Tinggi lampai orangnya..

    BalasPadam
  19. Salam bang.. abang dengan abang azmanisma dengan akubiomed orang yang saya jumpa first kat sesi pendaftaran.. ingat tak? jeng jeng jeng.. haha.. ape pon. maaf sebab kurang beramah mesra.. nak keluar dari kepompong tu masih susah pada masa tu. salam kenal ye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      saya ada perasan melalui tag nama
      tapi Bro jauh je ke lain, jadi saya
      perhati dari jauh je la :)

      Padam
  20. Salam bro...meriah sungguh wehhh...kome mmg x dpt join, ader keje urgent....insyaallah lain hr klau ada peluang nak join jugerr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      alahai rodong kita,
      koi ingat nak jumpa
      aok dah kat sana..
      len kali jangan miss
      he he..

      Padam
  21. As salam bang zulkbo,

    Alhamdulillah. Dpt jugak jumpe tuan punya badan..mmg ternyata lebih kacak dan hensem berbanding dunia maya...rugi org yg tak dtg...hehe

    semoga ukhwah yg dibina berpanjangan dan kekal...ameen

    terima kasih bang zulkbo sudi layan ambe yg malu2 ni...hihihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam wbt..
      begitulah hendaknya..anda memang
      peramah Bro..saya masih memikirkan
      dimana kita pernah bertemu sebelum ini

      Padam
    2. Serius, mmg rasa macam pernah bertemu...tapi masih lagi tak jumpa dan ingat di mana...

      gembira dan bangga dapat jumpe bang zulkbo hari tu =)

      Padam
  22. Salam, tak sempat kita bertegur sapa di acara #SBB2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      betul tu sama lah dengan saya
      ada nampak saudara di pentas
      mengambil hadiah..tahniah :)

      Padam
  23. memag meriah majlis tu ye. hadiahnya pun menarik...akan datang nak join kalau berkesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi la tak join..mana tahu
      dapat ipad mini..he he..lain
      kali jangan miss Bro

      Padam
  24. Seronok jump brother.. handsome orangnya weehhhh... hike

    BalasPadam
  25. Terima kasih bro sudi temankan saya untuk train balik :)

    BalasPadam
  26. Kemas dan smart themes ni...terbaik bang zulkbo!

    BalasPadam
  27. alhamdulillah. dapat bertemu, bersalaman bahkan tangkap gambr bersama. terima kasih bro. maaflah kalau saya kurang ramah. saya agak pendiam. tp hari tu saya cuba untuk buka mulut juga.

    BalasPadam
  28. Wah meriah sungguh nampak? Rugi tak dapat attend.

    BalasPadam
  29. dapat lihat anda dari jauh tapi segan pula nak tegur karena baru kali ini sempat terjah blog ini, tapi di blog Denaihati seringlah lihat avatar anda

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA