10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta Anda

Seperti juga tubuh manusia yang memerlukan perhatian, mengabaikan walaupun tanda-tanda masalah kecil pada kereta atau kenderaan anda yang lain, juga mampu menjejas prestasi kenderaan anda dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar di kemudian hari.


Antara amaran kecil penyelenggaraan kereta yang sepatutnya anda tangani tetapi dibiarkan,  akhirnya boleh menyebabkan kerosakan lebih besar yang akan menjadi pertambahan kos penyelenggaraan. Berikut adalah 10 perkara yang sering diabaikan dan perlu diambil perhatian:
  1. Mengabaikan penyelenggaraan disyorkan/dijadualkan oleh pengeluar kereta anda.
  2. Mengabaikan amaran lampu 'check engine' atau periksa enjin.
  3. Tidak langsung menukar minyak enjin, atau tidak mengikut jadual pertukaran minyak enjin.
  4. Tidak langsung memeriksa tekanan tayar.
  5. Mengabaikan tentang cecair penyejuk (coolant), minyak brek, minyak kotak gear dan lain-lain.
  6. Berterusan untuk memandu walau enjin kenderaan sudah memberi amaran enjin terlalu panas.
  7. Tidak menukar penapis bahan api dan penapis udara.
  8. Servis di pusat servis yang tidak berkelayakan sesuai dengan kenderaan anda.
  9. Menggunakan alat ganti kereta tiruan bukannya dari pengeluar peralatan asal atau menggunakan alat ganti terpakai.
  10. Cuba untuk menyelenggara sendiri kenderaan anda yang berteknologi tinggi tanpa mendapat kepakaran dari yang berkelayakan.

Contoh terbaik kesan pengabaian kecil adalah menukar penapis udara. Kosnya mungkin hanya kira-kira RM20, tetapi jika dibiarkan sahaja, penapis kotor boleh merosakkan sensor oksigen dalam kereta, yang mungkin menelan belanja sebanyak RM200 untuk menggantikan. Dan apabila sensor gagal, pertama anda mungkin terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak untuk menggantikan penukar 'catalytic converter' kereta anda.

No 3 memerlukan perhatian utama dari anda. Juruteknik mengatakan, sikap mengabaikan pertukaran minyak enjin adalah punca paling utama kerosakan lebih besar berlaku pada kenderaan anda. Masalah minyak enjin kotor adalah, enjin tidak berfungsi dengan baik dan sesuai dengan enjin berteknologi tinggi di dalam kenderaan moden hari ini. Menurut pakar permotoran CarMD.com Corp ianya boleh membawa kepada kegagalan enjin jika dibiarkan tidak menukar minyak enjin terlalu lama.

Jika mengikut pada kebiasaannya, ramai pemandu yang menukar minyak enjin untuk setiap 3,000 kilometer, tetapi kebanyakan pakar bersetuju pemandu perlu mengikut jadual yang telah disyorkan oleh pengeluar kereta mereka. Kerap menukar minyak enjin tidak semestinya prestasi yang lebih baik pada enjin tetapi berapa lama jangka hayat enjin kenderaan anda mampu bertahan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 28, 2013

21 Komen:

  1. Pengetahuan asas bagi pemilik kenderaan bermotor. Jangan sesekali mengabaikannya.

    BalasPadam
  2. betul tu..lebih baik habis berpuluh dari beribu :)

    BalasPadam
  3. sokong sangat tu, kalau hok rosak kecik tu, kalau boleh baiki sendiri lagi elok jimat sikit, lagi senang kalau setakat tukar minyak hitam tu...

    BalasPadam
  4. Terima kasih satu perkongsian yang bermanfaat dan menarik.

    BalasPadam
  5. Betul tuh dari kerosakkan kecil menjadi lebih besar dan melarat.

    BalasPadam
  6. biasanya den yang tolong pam tayar kereta wife den...hehe

    BalasPadam
  7. salam
    kadang2 terlupa nak tukar minyak enjin

    BalasPadam
  8. Minyak hitam tuka sendiri jer :) Hehe

    BalasPadam
  9. setuju sekali dengan entry ini, sentiasa pastikan benda-benda kecil di beri perhatian supaya tidak menjadi masalah besar

    BalasPadam
  10. kalau rosak skit2 baik repair terus
    cam entry brolagi byk lagi masalah :)
    Sop mmg hantar pusat servis.. mahal sket tp puas hati :)

    BalasPadam
  11. bab servis kereta memang saya jaga, itu adalah nadi enjin kita...

    BalasPadam
  12. memang betul sesangat...kita selaqlu buat tak kisah masalah2 kecil tapi disebabkan yg kecil dibiarkan menjadi semakin besar..macam barah juga la kan

    BalasPadam
  13. terima kasih atas perkongsian info ni.. aku tau bawak kereta je.. nak check enjin, mintak hitam bagai aku tak reti.. hanya ikut tempoh servis yang diarahkan oleh pusat servis je..

    BalasPadam
  14. Sebab tu ramai orang kata, cegah dahulu sebelum parah. Ini baru kenderaan kalau kesihatan diri?

    BalasPadam
  15. Memang kureng bab kereta.. tips ni memang bagus utk yg kurang arif mengenai penjagaan kereta..

    BalasPadam
  16. jangan tunggu bila nak gerakkan kenderaan untuk jalan jauh sahaja baru nak check kenderaan. thanks sharing.

    BalasPadam
  17. maintanance memang penting kan... aku kekadang tu memang rajin gak tengok bunga tayar tue....nice info bro...

    BalasPadam
  18. paling penting, minyak mesti sentiasa ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Titan..
      bab ni memang tak boleh disangkal lagi
      tak de petrol tak jalan la kan..he he

      Padam
  19. kecil-kecil jika dikumpulkan akan menjadi besar. lagi besar masalah lagi besar wang yg keluar

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog