Syarat Memohon Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Penjamin Dan Cagaran

Skim Pembiayaan Mikro tanpa penjamin dan cagaran ini dijangka memberi manfaat kepada 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil berbilang kaum di seluruh negara dalam menjana ekonomi negara. Menerusi pembiayaan ini akan membolehkan penjaja dan peniaga kecil menjadikannya sebagai tambahan modal pusingan serta membeli peralatan.


Antara syarat-syarat kelayakan pemohon ialah;
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak muflis
  3. Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  4. Menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
  5. Perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah
  6. Menjadi ahli persatuan berdaftar
  7. Tidak mempunyai pembiayaan mikro dengan mana-mana bank atau agensi lain (bagi yang sudah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan itu layak memohon)
Permohonan yang lengkap akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari untuk diproses bergantung kepada syarat yang dikenakan. Mereka boleh mendapatkan pembiayaan bermula dari RM1,000 hingga RM50,000 dengan caj perkhidmatan 2.5 peratus yang dikenakan akan ditanggung oleh kerajaan.

Tempoh bayaran skim pembiayaan mikro itu adalah selama lima hingga sembilan tahun dengan tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran selain dikecualikan daripada semakan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Pusat (CCRIS).


NOTA: Permohonan Skim Pembiayaan Mikro berjumlah RM50 juta membabitkan penjaja dan peniaga kecil sudah boleh dilakukan di 141 cawangan Bank Rakyat seluruh negara bermula kelmarin di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain bermula 29-Januari-2013.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...