Bilik Hotel Termahal Di Dunia (Gambar)

Bercerita tentang bilik hotel yang pernah saya singgah untuk bermalam sepanjang hidup saya, paling mahal sekalipun yang pernah saya bayar sekitar RM 250 semalam. Pada saya, bilik hotel untuk sekadar bermalam sahaja atas urusan yang memerlukan saya menggunakannya. Jika bersendirian, saya sanggup tidur dalam kereta sahaja dari membayar ratusan RM sekadar untuk tidur semalam.

Berlainan dengan orang lain, kemewahan sesebuah bilik hotel menjadi keutamaan mereka apabila bermalam. Mungkin pada taraf hidup kita ada yang merasakan seolah satu pembaziran sahaja membayar sebegitu mahal untuk hanya semalam tidur, tidak pada mereka yang mampu. Berikut disenaraikan 5 bilik hotel yang termahal di dunia.


 
NEGARA: Switzerland
NAMA HOTEL: Royal Penthouse Suite, Hotel Presiden Wilson, Geneva
HARGA BILIK : RM3.07 Juta semalam

NEGARA: India
NAMA HOTEL: The Raj Palace Hotel, Jaipur, India
HARGA BILIK: RM150,000 semalam

NEGARA: Greece
NAMA HOTEL: Royal Villa, Grand Resort Lagonissi, Athen
HARGA BILIK: RM138,159 semalam

NEGARA: Amerika Syarikat
NAMA HOTEL: Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino, Las Vegas
HARGA BILIK: RM122,808 semalam

NAMA NEGARA: Amerika Syarikat
NAMA HOTEL: Ty Warner, Penthouse, Four Seasons Hotel, New York
HARGA BILIK: RM107,457 semalam

Sumber : Majalah Dewan Ekonomi
Percetakan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Keluaran:  Oktober 2012 Mukasurat 46



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 30, 2013

30 Komen:

  1. Pakai Tune Hotel jer la.
    Harga pun murah huhuhu :P

    BalasPadam
  2. biasa masa dulu2 cari hotel RM25 je semalam, janji boleh lelap :)

    BalasPadam
  3. Koi kalau ader org sponsor hok rega yg juta2 pun okeh gak.....klau bayo sendiri rasanya lom pernah cecah lebih rm300 lg...:D

    BalasPadam
  4. Ni semua utk manusia yg tak tau nak letak kat mana duit mereka =)

    BalasPadam
  5. giler punya mahal baik beli rumah je kat sana...

    BalasPadam
  6. pergh mahalnya hotel yang 1st tu.. sampai juta2 semalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti duit diaorang tak tau nak wat apa ni donni

      Padam
  7. salam

    sekadar untuk lelapkan mata
    biasa juga tidur dalam kereta
    pilih hotel hanya yang biasa2
    bukan kedekut, tapi dah gitu gaya

    hehe

    BalasPadam
  8. Biasanya kalau nak bermalam di hotel...
    kita cari yang mampu kita bayar aje yak :)

    BalasPadam
  9. Tidur dalam kereta je lagi best hihihi

    BalasPadam
  10. peh, tengok gambar je lah, yg paling murah pun sewa satu malam boleh beli rumah kat m'sia.

    BalasPadam
  11. pehh, gila mahal! yang paling mahal tu boleh buat sara hidup untuk sampai tua. hehe

    BalasPadam
  12. tengok gambar pun jadik la..nak tidur semalam memang tak akan mampu la kot..hahaha..pent house tu memang terbaik la kalau dapat tidur situ 1 malam..

    BalasPadam
  13. kalau boleh nak cari hotel plg murah tp selesa
    ni utk org duit x habis jer.. huhuhu

    BalasPadam
  14. Duit sewa rm 1000 sebulan pun rasa dah tak mampu, ni kan pulak satu malam. huhu tengok gambar je dah puas. :D

    BalasPadam
  15. Jangan mimpi hendak menginap disini.:-)

    BalasPadam
  16. memang dah lama tak tidur hotel. pada saya mana2 hotel pun dah ok. janji boleh tidur dan berehat seketika.

    BalasPadam
  17. saya dah tempah bilik untuk seorang.......7'x2'x7.....

    BalasPadam
  18. amboi berjuta-juta semalam pun ado yer...fuh...

    BalasPadam
  19. org nak kepuasan nyata tu le cara mereka

    BalasPadam
  20. bg merka wang tiada masalah.klu org sush tak akan pilih lokasi bgni hee...hya org kaya2 jer ni

    BalasPadam
  21. Yang kat Geneva tu agak-agak yg ketua negara pelawat guna utk duduk kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut sumber yang saya baca
      begitulah..ramai ketua negara
      yang datang bercuti di sini

      Padam
  22. mau pengsan tengok bil camtu

    BalasPadam
  23. daripada bermalam di hotel berjuta semalam lebih baik duit itu guna untuk buat hotel sendiri.Nanti boleh bagi bermalam percuma bagi orang susah yang memerlukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju juga...tapi,dengan wang sebanyak itu
      kalau buat masjid atau rumah anak yatim lagi
      baik Bro :)

      Padam
  24. Tak temampu le koi nk kecitu...

    BalasPadam
  25. Bro,

    Lu gempak je lebih...kah...kah..kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba anda semak;
      Sumber : Majalah Dewan Ekonomi
      Percetakan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
      Keluaran: Oktober 2012 Mukasurat 46

      Padam