Siapa Sangka Ikan Marlin Pun Mampu Menenggelamkan Bot (Gambar)

Seorang pemancing dari Panama telah berjuang menangkap ikan Marlin hitam yang besar apabila pertempuran ini menjadi lebih teruk dan ikan akhirnya berjaya menenggelamkan bot. Majalah Marlin Magazine meletakkan  posting di akaun Facebooknya, "Marlin Menang!"

Tidak banyak butiran mengenai kejadian itu. Pada mulanya joran pancing kapten bot berjaya mendapat ikan Marlin hitam yang besar, dan beliau menggunakan teknik biasa memancing ikan Marlin,  mula menarik jorannya sehingga bot menjadi senget.


Kapten bot akhirnya terjatuh kerana tarikan yang kuat diberikan oleh ikan tersebut pada keadaan pendikit penuh. Bot yang senget juga telah dimasuki air yang banyak, dan akhirnya situasi bertukar menjadi tragedi dengan kemungkinan bot tenggelam.

Majalah Marlin Magazine melaporkan bahawa bot tersebut akhirnya tenggelam ke bawah laut. Bagaimanapun kesemua orang di atas bot malang itu telah berjaya diselamatkan oleh bot yang mengambil foto ini, dan sudah pasti ikan Marlin  itu juga terlepas ke laut.

Sumber : Yahoo News



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 01, 2013

17 Komen:

  1. memang ikan marlin adalah jenis ikan laut yang paling sukar dijinakkan. sesiapa yg berjaya menjinakkan spesis ini, memang sudah dikira hebat

    BalasPadam
  2. :D Mungkin ada kesilapan dalam teknik yang cuba digunakan tu.. Sesekali ikan kena menang! hehe..

    BalasPadam
  3. kalau goreng memang terangkat tu bro hehe.. nasib baik tak bawa senapang terus tembak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab nak kan cabaran tu yang last
      sekali tenggelam bot..nasiblah..
      ikan ni memang kuat betul kudratnya :)

      Padam
  4. Demi cabaran.. biarlah bot tenggelam.. haha..

    BalasPadam
  5. akhirnya dia berjaya meloloskan diri dari d tangkap oleh manusia heee

    BalasPadam
  6. salam
    berbaloi juga bot tenggelam
    mereka dah pun terkenal kerananya
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu mesti diorng banyak duit tu, nikan kira sukan mewah..

      Padam
  7. Tu diaaa....power sungguh ikan marlin tu....sampai bot boleh tenggelam...hehehe

    BalasPadam
  8. Ada tgk jugak kat Discovery channel pasal ikan marlin ni...mmg kuat melawan

    sampai tenggelam tuh...dasat..lain kali kena naik feri, takpun bawak senapang sekali...hehe

    BalasPadam
  9. ikan ni beri peringatan, kalai banyak ikan ni yg terror macam ni...takde rezeki pemancing...heee

    BalasPadam
  10. memang kederat jantan marlin tu....
    ikan tu bukan best buat laut pun sekadar game fishing je
    tahniah ikan marlin...
    marlin pernah kome naikkan, kalau layaran tu biasa dah :)

    BalasPadam
  11. wahh. mesti besar gila ikan tu kann. kena guna kapal titanic kot baru boleh angkat ikan tu. hehe

    BalasPadam
  12. Huh hebat ikan Marlin ini berusaha untuk membebaskan diri dari umpan pancing.

    BalasPadam
  13. Huish.... Ya, kudrat binatang nei memang luar jangkaan...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog