Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The Message

Filem murahan berkontroversi 'Innocence of Muslims' berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, khabarnya tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.

Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi. Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.

Beberapa individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, telah di kenali dan ada yang di berkas pihak berkuasa Amerika Syarikat, antaranya adalah:

  • Sam Bacile
  • Nakoula Basseley Nakoula
  • Steve Klein
  • Cindy Lee Garcia
  • Tim Dax
  • Alan Roberts
  • Terry Jones
  • Morris Sadek
  • Jimmy Israel
  • Vine Theater
  • John Walsh
  • Sheik Khaled Abdalla
Baca lanjut di SINI



NOTA: Setakat ini, kita di Malaysia masih boleh bersabar dengan penghinaan keterlaluan puak pelampau radikal yang sentiasa bermusuh dengan agama islam ini. Kita di Malaysia lebih mementingkan keamanan dan keharmonian hidup beragama. Memang agak pelik, masih ada pihak yang sengaja mengganggu sensitiviti agama lain, tanpa mereka sendiri sebenarnya benar-benar faham tentang agama lain, dengan sesuka hati membuat filem yang lebih kepada menghina. 

Saya akan rasa bangga bila ada filem barat yang membawa filem tentang perjuangan islam contoh filem 'The Message', walaupun majoriti pelakonnya bukan beragama islam, tetapi mereka benar-benar mengkaji dahulu sebelum menerbitkannya. Filem tahun 1977, lakonan bintang Anthony Quinn memang terkesan jika anda pernah menontonnya, bukan penghinaan seperti filem kualiti rendah filem 'Innocence Of Muslims' itu.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 17, 2012

13 Komen:

  1. Filem "The Message" ini kalau
    tak silap saya ada di tayangkan
    di TV Al-Hijrah pada bulan Ramadan
    yang lalu :)

    BalasPadam
  2. Salam zul, Perkara yang tidak baik pelu mendapat bantahan kita bersama. Pendek kata geng Yahudi ini sememnga mencari jalan yang boleh membuat umat isalam sentiasa didalam ketegangan dan kemarahan setiasa.

    BalasPadam
  3. Bagi saya produksi yang memerbitkan felim yan dikatakan menghina Nabi SAW mempunyai niat jahat.

    BalasPadam
  4. nak sekat memang tak boleh lah... apa yang kita boleh buat tak payah tengok langsung video tue...

    BalasPadam
  5. saban hari, pasti akan ada kelompok yang ingin mengganggu gugat apa yang kita amalkan dalam kehidupan beragama islam. Dalam pada kita membantah dan mengeji perbuatan mereka, perlu kita sedar apakah tindakan kita sekiranya tiada perkara sebegini berlaku, adakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyampaikan dan menyebarkan agama islam, atau hanya bersikap sambil lewa.

    Semoga kita semua sentiasa terlindung dalam mengerjakan suruhan Allah.

    BalasPadam
  6. assalam, mmg menarik cerita tu, wlpn dilakonkan oleh bukan Islam. Filem terbaru ni pulak secara sengaja dibuat utk menguji umat Islam.

    BalasPadam
  7. dengannya kerajaan dah sekat filem ni kat youtube

    BalasPadam
  8. bila buat bantahan saya tgk begitu ramai ikut cara syiah dari timur tengah asia barat, afrika,asia. Nabi SAW tak pernah ajar begitu.. itu cara syiah mengambil peluang, ternyata syiah berjaya setakat ini menyebar agama syiah melalui kaedah demonstrasi. ianya bidaah sesat, setiap yang sesat adalah ke neraka kesudahannya.

    BalasPadam
  9. salam
    napak macam payah juga nak sekat tu
    setiap negara ada dasar mereka sendiri termasuk youtube
    nampaknya kita kena sekat diri kita agar tak menontonnya

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Filem ni tak boleh disekat 100% rasanya. Ada yang letak dengan tajuk lain. Selagi tak kiamat, selagi itu ada musuh Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oleh itu kita kene sama2 jejak saki baki yg guna tajuk len tu..

      Padam
    2. ada link utk download filem The Message tu tak? tq

      Padam
  11. Bro,yang berlakun tu bukan Anthony Hopkins tapi Anthony Quinn.malah dia turut berlakun dalam cerita Lion The Desert memegang watak Omar Mukhtar...

    BalasPadam