Kenali Top 10 Blog Di Malaysia Masakini


Hari ini ramai orang yang telah mempunyai blog di Malaysia. Dari budak kecil yang sudah tahu menulis dan membuka internet sehinggalah ke pak cik yang telah bersara, semuanya nak dan suka berblog. Termasuklah saya, blogger yang telah hampir 5 tahun aktif dalam dunia blogging.

Ada pelbagai niche dan jenis blog, kebanyakan adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan sendiri. Ada pelbagai bahasa yang digunakan, dari bahasa baku ke bahasa budak sekolah dan banyak juga menulis dengan bahasa "gangster", mahupun bahasa pasar je.

Tak kiralah apa pun niche dan jenis blog anda, yang penting kepuasan sendiri kan? Maka jadilah blog "syok sendiri", he he.. Asal ada kemahuan dan bahan cerita, maka terkirimlah pelbagai kisah di alam maya ini. Bila ada penulisan di blog, maka bertambah meriahlah dunia blogging seluruh negara.

Berkisah tentang blog popular dan menjadi Top 10 blog di Malaysia, saya menggunakan kayu pengukur Alexa Ranking, sama ada global mahupun ranking di Malaysia. Tidak termasuk laman web mahupun blog politik dan ini di antara Top 10 blog mengikut pandangan saya;

1. Beautiful Nara

    Alexa Worldwide Rank : 13,279
    Alexa Rank for Malaysia : 86

Mula saya jumpa blog ini saya ingatkan kepunyaan seorang perempuan, almaklum namanya pun "Beautiful" kan? Rupanya saya silap, blog ini ditulis oleh seorang lelaki bernama Abang Nara. Blog sensasi tentang cerita-cerita terbaru artis dalam dunia hiburan seluruh negara. Siapa sangka kan, blog sebegini paling disukai dan dicari orang ramai?

2. MyNewsHub

    Alexa Worldwide Rank : 15,571
    Alexa Rank for Malaysia : 80

Blog sumber berita yang selalu saya baca, banyak kisah terbaru dari pelbagai sumber di kumpul di sini. Jadi tak payah saya nak buka suratkhabar lagi dah. Sangat popular blog ini di Malaysia dengan ribuan peminat di Facebook dan ramai yang singgah di sini setiap hari.

3. Paultan

    Alexa Worldwide Rank : 15,734
    Alexa Rank for Malaysia : 111

Kalau anda rasa nak beli kereta bolehlah melawat laman blog ini. Tak jemu mata memandang dengan gambar-gambar terbaru kereta yang ada di sini. Dari kereta baru sehingga ke kereta terpakai ada banyak infonya di sini. Rasanya, kalau anda nak jual kereta pun boleh di sini?

4. Says

    Alexa Worldwide Rank : 19,401
    Alexa Rank for Malaysia : 104

Blog ini pada yang kaki fesyen, sukan dan berita terbaru. Lebih kepada laman perkongsian laman blog serata Malaysia. Anda juga boleh meyumbang cerita anda di sini dan menghasilkan trafik masuk ke blog anda. Program broadcasters di sini amat menarik, selain menyumbang anda juga boleh mendapat wang.

5. Blog Serius

    Alexa Worldwide Rank : 23,698
    Alexa Rank for Malaysia : 130

Apa pun ada di blog ini, dan ianya memang sangat popular di Malaysia walau hanya menggunakan platfom Blogspot sahaja. Lebih berkisar pada minat dan cara hidup dan semuanya SERIUS beb! Teknologi terkini dan pelbagai berita semasa pun ada.

6. Denaihati

    Alexa Worldwide Rank : 23,730
    Alexa Rank for Malaysia : 197

Bro Amir empunya blog ini, Denaihati. Com. Antara blog terawal yang saya selalu melepak kerana ada banyak ilmu blogging di dalamnya. Dengan  menyibukkan diri masuk kontest yang beliau adakan, sedikit sebanyak tempias trafik banyak juga masuk ke blog saya dari blog beliau. Selain terkenal dengan program kemasyarakatan beliau, blog ini juga ada kisah travel serata dunia.

7. Amanz

    Alexa Worldwide Rank : 28,364
    Alexa Rank for Malaysia : 133

Blog ini memang penuh dengan kisah gadget terbaru dan berkenaan internet seluruh dunia. Anda akan dapati, bila singgah di sini pasti tak jemu membacanya. Bukan mudah juga nak mencari bahan menulis kisah berkenaan dengan gadget ni. Tapi di sini, anda akan jumpa.

8. Ohbulan

    Alexa Worldwide Rank : 30,060
    Alexa Rank for Malaysia : 270

Blog Oh Bulan kalau saya baca, ada sedikit sebanyak macam blog  Beautiful Nara dengan kisah artis dan filem terkini. Kira gossip la nih! Tapi kalau anda nak tahu tentang fesyen, bolehlah selalu "melangut" di sini, tak rugi dan anda  tidak akan ketinggalan tentang fesyen lagi.

9. MyResipi

    Alexa Worldwide Rank : 36,302
    Alexa Rank for Malaysia : 327

Kalau rasa nak memasak, jangan lupa singgah blog ini yang sarat dengan resepi masakan. Kalau bulan puasa, saya rasa trafik masuk ke sini mencanak dan menjadi persinggahan wajib buat suri rumah yang mencari resepi masakan untuk juadah berbuka puasa. Tak tahu kenapa, bila masuk sini, perut saya selalu berbunyi, he he..

10. OH!Artis

    Alexa Worldwide Rank: 91,395
    Alexa Rank for Malaysia : 692

Ermm..nama pun Oh Artis, samalah juga macam blog Beautiful Nara dan Oh Bulan, kisah artis dan dunia hiburan menjadi penulisan utama di sini. Ternyata orang Malaysia cukup suka cari dan baca kisah berkenaan artis di alam maya. Maka, kalau anda rasa mampu menulis tentang kisah dunia artis, blog anda juga akan mampu menjadi seperti mereka satu hari nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 18, 2012

24 Komen:

  1. semua blog Sya kenal, cuma 1 je Myresepi baru ni nak terjah. mantap semua top 10

    BalasPadam
  2. salam
    blog denaihati je yang biasa aku jenguk
    yang lain2 tu pernah dengar nama je

    BalasPadam
  3. semua kenal kat atas cuma blog cite hal artis ni jarang lepak kat sana :)

    BalasPadam
  4. Yang tersenarai mempunyai keduduklan ranking yang baik.

    BalasPadam
  5. Assalam...
    5 blog di atas selalu juga singgah...
    Denaihati memang terbaik. Blog masakan selalu jadi panduan. Mynewshub pun boleh tahan jugak, ada komen positif dan negatif dalam facebook. Kadang2 suka juga baca pendapat berapi orang ramai tentang berita yg dikeluarkan..

    BalasPadam
  6. Salam Zul, agaknya bila blog kita nak terangkat macam tu erk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      ermm..jauh lagi nampaknya
      he he..

      Padam
  7. assalam, hebat2 depa ni...usaha tangga kejayaan

    BalasPadam
  8. 60% dari blog disenaraikan adalah blog yg saya selalu lawat

    BalasPadam
  9. memang hebat semua blog tu..kenapa blog budiey x tersenarai lak..dah jatuh ranking ek...apa pun beautifulnara memang power..UV bulanan cecah jutaan tu

    BalasPadam
  10. Terima kasih sangat sudi menyenaraikan blog DH. Semuga terus diilhamkan idea kreatif utk terus berblog.

    BalasPadam
  11. kesemua tu blog yang hebat-hebat belaka

    BalasPadam
  12. baru nak tengok myresipi... mereka semua hebat!

    BalasPadam
  13. mantap
    bila agaknya boleh join top 10 juga.. heheheh

    BalasPadam
  14. yang tersenarai semuanya kacak macam aku. haha

    BalasPadam
  15. Paling best mynewshub la. yang lain menarik jugak

    BalasPadam
  16. kebanyakan blog yang tersenarai selalu aku singgah terutamanya blog denaihati. Cuma blog myresepi belum terjah sebab aku tak pandai memasak.

    BalasPadam
  17. Camne derang leh tarik ramai uv kt blog derang ehh...dasat tul laa....ni kompom bulan2 paling koman RM 4 angka sebuan nih.

    BalasPadam
  18. Denaihati paling hebat sbb ia lebih kpd blog personal

    BalasPadam
  19. Antara 10 tu, tiga blog lebih topik artis. Tapi kalau saya di suruh pilih, saya pilih denaihati sebab walaupun blog personal, boleh berada dalam list top 10.

    BalasPadam
  20. Memang mantap....tapi konfius..adakah Says juga sebuah blog?

    BalasPadam