16 September : Selamat Menyambut Hari Malaysia!



Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada tarikh 16 September merupakan kesinambungan kepada sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia pada  tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Kedua-dua tarikh ini akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai tarikh penuh bermakna lambang kemajuan, kemakmuran dan kestabilan negara Malaysia setelah 55 tahun merdeka dan 49 tahun penggabungan sebagai sebuah negara.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra bersama dengan beberapa pembesar-pembesar dari Sabah dan Sarawak telah bersatu hati dan bersepakat untuk menyatukan negeri-negeri yang dipisahkan oleh Laut China Selatan sebagai sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia.

Tentangan daripada pihak-pihak tertentu pada ketika itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada penubuhan negara Malaysia, namun berkat kesabaran dan kesungguhan serta keinginan yang jitu untuk mencapai kemerdekaan, segala rintangan berjaya diatasi.

Sebagai generasi yang lahir selepas dari tarikh tersebut, hanya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi kini, dan sewajarnya kita bersama-sama memelihara keamanan dan kesejahteraan berbilang bangsa di Malaysia. Selamat menyambut Hari Malaysia!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 16, 2012

4 Komen:

  1. Pengurusan blog akuanakpahang juga dengan ini ingin mengucapkan selamat hari Malaysia pada semua warganegara Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita terus aman dan makmur amin.

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut Hari Malaysia buat negara Malaysia.

    BalasPadam
  3. selamat hari malaysia dari auc :)

    BalasPadam
  4. selamat hari malaysia juga..hehe

    BalasPadam