Bila Gula Naik Harga Rakyat Perlu Tahu?

Dalam Bajet 2013 yang baru dibentangkan tempohari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini. Ini bermakna harga gula di pasaran akan naik dari harga terakhirnya RM2.30 sebelum ini.


Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010).

Kali terakhir kenaikan harga gula ialah pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apa yang perlu dilakukan oleh rakyat semua berikutan dengan pengurangan subsidi gula ini nanti?

  • Sebagai rakyat dan pengguna kita perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut berkemungkinan semua harga makanan dan minuman di dalam negara  akan dinaikkan oleh peniaga.
  • Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  • Rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya menambah pendapatan kerajaan dan demi untuk kebaikan kesihatan mereka sendiri.
  • Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua. Gula memang manis dan sedap, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menjadi racun.
  • Kurangkan  pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) yang diketahui begitu banyak kandungan gulanya dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit.

NOTA: Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi gula ini, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan seperti kencing manis dan pelbagai penyakit berkaitan dengannya. Secara tak langsung, kedua pihak mendapat menafaat dari pengurangan subsidi ini, selain pendapatan kerajaan dari subsidi ini boleh digunakan untuk perbelanjaan negara kepada saluran yang lain contoh kenaikan pencen pesara kerajaan yang turut diumumkan dalam Bajet 2013.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 30, 2012

13 Komen:

  1. bagi rakyat dgn gula-gula pilihanraya...
    dalam pd tu sempat jg kenakan rakyat semula dgn kenaikan gula hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bgus juga tu..dripada mansuhkan duti eksais kereta :)

      Padam
  2. Semoga tiada pihak yang mengambil kesempatan atas kenaikan harga ni...

    BalasPadam
  3. Emmm susah jugak camni.banyak makanan pakai gula.naik harga punya..

    BalasPadam
  4. masih ada pro dan cons... apepun kena ambil tahu jugak... adoi gula pulak... memang air harga naik la...kalau makan kat kedai nih...

    BalasPadam
  5. salam
    orang yang suka manis, tak akan kurangkan pengambilan gula hanya kerana kenaikan harga
    lain la kalau doktor dah sahkan mengidap kencing manis
    hehe

    BalasPadam
  6. Naik harga gula akan besar kesannya...Itu pasti...

    BalasPadam
  7. Saya sudah lama pesan air minuman kurang gula tetapi harga dibayar untuk minuman tersebut tetap sama. :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peniaga memang tak akan tolak ansur
      punya Bro..keuntungan diutamakan,
      memang tak patut betul :(

      Padam
  8. Harap tiada pihak ambil kesempatan, memang setuju juga tu. Gula memang sedap tapi kalau banyak2 boleh jadi racun.

    BalasPadam
  9. Itu lah dia bro.. ada kebaikan ada keburukan.. masing2 kena lebih bersikap rasional dan mengikut perkembangan semasa. Mana yang terbaik untuk diri, itulah menjadi keutamaan kerana kita "diamanahkan" untuk menjaga badan kita sebaik mungkin. Tolak ketepi fikirkan hal orang.. lebih tumpukan pada keluargaa dan diri sendiri.

    Kenaikan dan penurunan sudah tentu akan belaku. Hanya masa sahaja menentukan. Sesungguhnya secara logik, segala keputusan adalah untuk kebaikan. Tiada siapa yang ingin membuat keputusan untuk merosakkan keadaan. Ironinya, begitulah sikap kita, "orang M'sia" yang adakalanya cepat melenting dan menuduh secara melulu.. Harap kita bersma pertimbangkan.

    Tks share bro.. semoga memberi menfaat kepada pembaca rentetan bro ini..

    BalasPadam
  10. saya baru tahu kalau gula di Malaysia mendapat subsidi, kalau di Indonesia biasanya BBM yang mendapat subsini
    nice share dan semoga harga2 bahan makan tidak naik meski kita telah naik satu tahun ke 2013..

    BalasPadam