Usain Bolt Kekal Emas 100 Meter Lelaki Olimpik London 2012



Raja Pecut Usain Bolt berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara 100m Sukan Olimpik dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat di Stadium Olimpik London sebentar tadi, menepis tohmahan semua pihak berkenaan prestasi beliau sebelum ini. 

Bolt, 25, muncul atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut, sebelum ini di Olimpik Beijing 2008. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin. Pada Sukan Olimpik 2008, Bolt mencatatkan kepantasan 9.69s dalam acara 100m, 19.30s (200m) dan mencipta rekod 4×100m dengan masa 37.10s.

 
Foto: AP

Keputusan akhir acara 100m Sukan Olimpik 2012:

1. BOLT Usain (Jamaica)     9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (Amerika Syarikat) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard    (AS) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 saat


NOTA: Penulis turut bersedih dengan kekalahan Dato Lee Chong Wei di final badminton Olimpik London 2012 semalam. Bagaimanapun kekalahan beliau masih bermaruah dengan semangat bertarung sehingga ke mata akhir perlawanan. Cuma mungkin bukan rezeki beliau dan rakyat Malaysia keseluruhan untuk menikmati kilauan emas pertama Sukan Olimpik. Apapun tahniah buat Dato Lee Chong Wei dengan pingat pertama negara di Temasya Olimpik London 2012 kali ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 06, 2012

5 Komen:

  1. Usain Bolt & Lin Dan berada dalam kelas tersendiri..

    Apa pun tahniah pada Datuk LCW kerana menyumbang perak buat negara.

    BalasPadam
  2. mmg pantas usain bolt ni..thniah buat lee chong wei atas usaha yng tidak putus2 menentang lin dan..

    BalasPadam
  3. Terlepas saya untuk menonton aksi Usain Bolt. Ia adalah acara yang dinantikan.

    BalasPadam
  4. manusia terpantas di abad ini

    DLCW tahniah dah suratan gitu
    terima seadanya :)

    BalasPadam
  5. saya pun terlepas..rekod baru tu..nampaknya Bolt tetap unggul w/p tewas baru² ni

    syabas kepada LCW, kekalahan kali ini penuh bermaruah dan mendapat sokongan ramai

    BalasPadam