Emas Atau Perak? Chong Wei Ke Final

 
FOTO: mStar
Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton di Sukan Olimpik 2012 di London selepas menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long.

Jaguh badminton negara itu menang kedua-dua perlawanan separuh akhir dengan mata 21-13 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan Lin Dan yang berjaya mengalahkan Lee Hyun Il di separuh akhir kedua.

NOTA: Terkejut juga saya tadi bila melihat Datuk Lee Chong Wei menjerit kegembiraan setelah berjaya menewaskan Chen Long di separuh akhir tadi. Betapa bersemangat beliau hendak menghadiahkan sebutir pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik 2012. Ini saja peluang terakhir beliau memandangkan Sukan Olimpik akan datang beliau telah berusia 33 tahun. Yang pasti pingat  sudah dalam genggaman beliau, cuma warnanya sahaja yang kita nantikan. Bersamalah kita berdoa demi kejayaan beliau nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 04, 2012

9 Komen:

  1. Kacang je Lin Dan tu...
    MALAYSIA PASTI BOLEH!!

    BalasPadam
  2. Semoga Datuk LCW dapat menyempurnakan misi dengan cemerlang!

    BalasPadam
  3. Tinggal setapak lagi untuk mencatat sejarah sukan badminton negara.

    BalasPadam
  4. Harap dapat bawa balik pingat emas dan merasa emas 3 juta rm tu hehehe..

    BalasPadam
  5. harapan seluruh rakyat Malaysia!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama04 Ogos, 2012

    Kalau ikut statik ,lebih berpihak kepada Lin Dan...diharap berlaku kejutan...

    BalasPadam