Dapat Kad Raya Dari PM Najib


Lama juga tak dapat kad raya manual sebegini, semacam sudah jadi klasik pulak bila dapat kad raya manual. Jika tahun-tahun dahulu ada juga saya mendapat kad raya manual dari pelanggan terutama kakitangan awam kerajaan yang menggunakan kad raya berlabel jabatan mereka kepada saya, tapi tahun ini satu pun tak ada.

Pulang beraya dari Jengka Pahang tempohari, ada sekeping kad ucapan Hari Raya dan jemputan ke rumah terbuka anjuran PM Najib kita. Agak janggal juga kalau anda lihat sebab ada logo parti pada kad raya ini. Rasanya bukan saya seorang je yang dapat kad raya sebegini kan? Almaklum macam dah dekat je nak mengundi nih?

Apa pun, ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin jua buat PM Najib kita seisi keluarga. Semoga beliau mendapat ilham mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13), yang masih menjadi tanda tanya rakyat sehingga kini. Dah tak sabar penulis nak memangkah buat kali ketiga sepanjang bergelar warganegara Malaysia.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 24, 2012

6 Komen:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  2. wah, best tu, bro
    aku dah lama tak dapat kad raya
    huhu

    BalasPadam
  3. Best best!!
    Aku pun dah lama xdpt kad raya

    BalasPadam
  4. simpan dlm frame gambar ni..hehe

    BalasPadam
  5. Tanda PRU13 semakin dekat. :-)

    BalasPadam
  6. Saya dapat sms jer bro..ucapan raya dan soal selidik pilihan raya.

    BalasPadam