Terkini : Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan Dikekalkan (Menteri)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengulangi bahawa Akta Keterangan Seksyen 114A akan dikekalkan, beliau berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan negara. 

Pindaan kepada Seksyen 114A adalah salah satu daripada dua yang dilakukan terhadap Akta tersebut, dan digazetkan pada Julai lalu, telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Internet di seluruh negara.

“Kerajaan tidak mahu Akta untuk menganiaya orang yang tidak bersalah. Pindaan (Seksyen 114A) akan kekal kerana terdapat perkara yang lebih serius seperti keganasan, yang memerlukan pindaan untuk melindungi keselamatan negara.Saya akan teragak-agak untuk membentangkannya sekiranya saya tidak fikir ia boleh digunakan untuk melindungi negara dengan baik,” Nazri (SUMBER)

Satu kempen telah dilakukan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung akta dengan memasang ‘banner’ yang bertajuk ‘Stop 114A’ (Hentikan 114A) di laman sosial Facebook dan dimuat turun oleh pengguna Internet di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Ser Dr Rais Yatim berkata, Kabinet membincangkan isu dengan mendalam dan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa perubahan kerana Parlimen telah diwakili oleh parti pemerintah dan pembangkang yang telah membahas mengenainya.

NOTA: Penulis hairan juga dengan berita ini kerana pada 14 hb Ogos, selepas kempen Bantah Seksyen 114A oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan para pemblog(bloggers), Perdana Menteri ada menyatakan bahawa akta ini akan dikaji semula; "Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," menurut PM Najib dalam satu mesej Twitternya. Tetapi, hari ini menteri telah mengeluarkan kenyataan akhbarnya berkenaan isu tersebut. Mengapa tidak PM Najib sendiri yang mengumumkannya?


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 23, 2012

12 Komen:

  1. Nampak pengamal media sosial perlu lebih berhati-hati memantau isu kandungan dan komen-komen yang ditinggalkan.

    BalasPadam
  2. assalam, harap semua blogger lebih berhati dgn isu2 yg dikupas dlm blog mereka...

    BalasPadam
  3. Rasanya akta ini digubal lebih kepada memberi amaran kepada pengamal media sosial politik yang tidak putus-putus menghentam kerajaan kerana mereka tahu sudah tidak ada ISA.

    BalasPadam
  4. sebb dgn kebebasan ini semua rahsia penyelewengan kerajaan makin terbongkar tu yg diwujudkan akta ni

    BalasPadam
  5. Byk lagi kerja Najib tu kot. Takde sempatnya dia yang nak kena inform semua benda.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    Kalau menteri sendiri kena akta ni, baru berakal sikit..

    mne x nya?
    Yg dianiaya, jd mangsa keadaan..

    BalasPadam
  7. salam dan selamat eidul Fitri...zul

    BalasPadam
  8. Mari kita luangkan masa mendengar Al-Quran secara online di http://www.alquran.co.cc Terjemahan dalam bahasa melayu disediakan sekali.

    BalasPadam
  9. kalau komentar yang buat fitnah.. empunya tempat yang kene.. nice akta..

    BalasPadam