Buah Tembikai Mengapa Perlu Di Tepuk-Tepuk ?


Hairan juga asal nak beli buah tembikai je, mesti nampak semua orang menepuk-nepuk buah tembikai tersebut. Jangan cakap yang tua, dewasa, wanita, mak cik, pak cik, malah kanak-kanak pun saya lihat bila nak ambik buah tembikai di pasaraya mesti nak ditepuk-tepuk buah tu?

Apa rahsianya? Adakah dengan menepuk buah tembikai seolah-olah kita mengetahui isi kandungannya baik di dalam?Atau hanya terikut-ikut perlakuan orang lain? Antara tips yang saya jumpa bab membeli buah tembikai ini setelah saya membuat carian di internet ialah;
 
  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, dan buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.
  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.
  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.(patutlah, ramai yang menepuk-nepuk?)

NOTA: Dan yang ini tip dan cara terakhir yang selalu saya gunakan kalau beli tembikai di luar. Untuk memastikan buah tersebut masak elok dan cantik,  suruh je pak cik atau mak cik yang jual buah tu belah dua buah tembikai. Tak boleh nak rasa masa bulan puasa nih, tak pasal-pasal batal pulak puasa tu kan? Jadi main agak-agaklah bila dah tengok isinya tu. Buah tembikai sekarang tengah murah di pasaran, hanya 0.90 sekilo sahaja kalau di kawasan Ampang sekarang ini.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Ogos 05, 2012

19 Komen:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Lepas ni tak susah nak pilih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam wbt..
      alhamdulillah..sihat,
      semoga saudara jua begitu
      hendaknya :)

      Padam
  2. wahhh ak tepuk sbb saje2 nk kuarkan bunyi tu, cambest

    BalasPadam
  3. heheheh..mmg main tepuk2 tu cara terbaik kut bro...sy masa bebudak dulu ikut mak ke pasar asal beli tembikai mesti mak tepuk2..jadi terjangkit la pada saya juga..ekekek

    BalasPadam
  4. Ooo... gitu rupanya ye..
    Kalau durian nak ditepuk-tepuk juga kee bang..?

    BalasPadam
  5. Hati-hati tepukannya jangan terlalu keras, nanti bisa pecah. Bisnis buah ini sepertinya menarik tuh:-p

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Kalau menepuk-nepuk kulit durian pulak, alamatnya berlubang tangan..hehe..

    BalasPadam
  7. Ada orang sekadar tepuk,tapi tak tahu tepuk sebab apa hehhee...memang betul kalau tembikai yang baik akan bunyi padat,tanda buah tu cantik isi penuh.

    BalasPadam
  8. owh..slalu main ikut2 jer..hehe

    BalasPadam
  9. Kalo dh belah dua, lau x masak leh tuko ke? Hehehehehe

    BalasPadam
  10. salam..
    sy muda ni pun tahu kenapa buah tembikai biasanya ditepuk sblum beli..
    yg no 3 tu lah sbbnya..kalau dah masak, isinya mesti dah longkah jd bila tepuk bunyi kosong..kalau belum masak, isinya padat jadi bila ditepuk seakan bunyinya berat..haha

    BalasPadam
  11. suka cara dulu, tebuk terus untuk tgk isi ::)

    skrg kalau beli di gerai, Sop suruh yg jual jer pilih "bang minta yg elok 1.. heheh

    BalasPadam
  12. baru dok ushar tembikai..
    tah bila nak beli..

    BalasPadam
  13. assalam, info yg berguna...

    BalasPadam
  14. Saya tidak pandai memilih buah tembikai. :-)

    BalasPadam
  15. haha..yang belah tu paling dipercayai..lagi² kalau boleh dirasa

    BalasPadam
  16. semalam makan buah tembikai yg tak masak .. masih muda lagi rupenye ayoooo

    BalasPadam
  17. sekarang ni org jual tembikai byk yg dah belah dua tembikai...so sy senang jer beli separuh separuh...janji puehati...dok gitu

    BalasPadam
  18. gua peniaga buah tembikai. bab tepuk2 ni mmg gua dh arif.

    BalasPadam