Wang Kertas Baru 2012 Dalam Edaran Bermula Isnin (Gambar)

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini. Wang kertas tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

 
FOTO: Utusan Malaysia 
 
Wang kertas yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka sewaktu membeli belah atau berurusan di bank.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu dan ianya antara yang terbaik di keluarkan Bank Negara.

Wang kertas baru yang menampilkan teknologi wang kertas terkini yang akan menyukarkan jika ada pihak yang hendak memalsukannya. Ianya mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dari terdahulu.

Antaranya, imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 13, 2012

14 Komen:

  1. Salam sdra...

    Moga sihat hendaknya..
    Nampak cantik wang kertas kali ni..

    BalasPadam
  2. Salam Zul, bender baru semua nampak cantik yak...
    hak penting nilainya :)

    BalasPadam
  3. Menarik wang kertas baru nih

    BalasPadam
  4. harap2 tahan lama..huhu

    BalasPadam
  5. moga kualiti nya lebih unggul

    BalasPadam
  6. wang kertas RM1 itulah yang paling cantik reka bentuknya, di mata saya

    BalasPadam
  7. duit singgit dengan lima puloh warna dekat nak sama .. moh tertukar pulak.

    BalasPadam
  8. Cuma satu kerisauan adalah mesin deposit sudah boleh menerima duit baru ini. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya mau meragam
      2-3 minggu sementara
      nak program baru satu
      negara :(

      Padam
  9. Assalam..
    Kadang2 bila dapat duit syiling baru, rasa macam duit 1 sen je..
    Ragu2 pun ada, takut tak laku.
    Bila dah keluar duit baru ni harapnya, semua perkhidmatan yang melibatkan duit ni segera la di up date..

    BalasPadam
  10. harap kualiti dia x sama dgn not RM5 sekarang :)

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Ada lah..
      yang paling cantik,
      warna oren lagi..huhu

      Padam
  12. salam
    sempat juga tengok dalam berita tadi
    nampak lebih ceria wang kertas kita kali ni

    BalasPadam