Tahukah Anda Gambar Foto Pertama Dimuat Naik Ke Internet?

Setiap hari berjuta-juta foto atau gambar dimuat naik ke Internet sama ada pada blog, Facebook, Flickr, Twitter, dan lain-lain. Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya, foto apa yang pertama dimuat naik ke internet dan bagaimanakah ianya kelihatan? Pasti menarik kan?
 

Pada tahun 1992, gambar parodi Kumpulan Les Horribles Cernettes, secara digital telah diubah menggunakan Photoshop. Kumpulan wanita pekerja makmal yang bekerja untuk CERN, makmal penyelidikan di Geneva di mana penemuan utama telah dibuat, termasuk projek yang memulakan World Wide Web, yang dicipta oleh saintis komputer British Tim Berners-Lee.

Berners-Lee telah mencari untuk menguji sistem web yang boleh menyokong gambar dan meminta IT Developer, Silvano de Gennaro untuk memberikan imej. De Gennaro memilih imej yang disunting daripada gambar wanita Kumpulan Les Horribles Cernettes, yang popular lirik lagunya termasuk perkataan "you say you love me but you never beep me."

Sebahagian sebab revolusi ini dianggap kurang menarik adalah kerana internet sebelum ini dilihat sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan yang serius, tidak mempunyai keseronokan. De Gennaro, yang merakamkan gambar wanita tersebut untuk cover CD mereka seterusnya, tidak pernah membayangkan tempat yang akan ada dalam sejarah.

 
Les Horribles Cernettes

"Saya sendiri tidak tahu apa itu web sebelum ini. Apabila sejarah yang berlaku, anda tidak tahu bahawa anda berada di dalamnya" menurut De Gennaro. Tanggal 18 Julai 2012 ini menandakan ulang tahun ke-20 foto tersebut dimuat naik ke internet dan telah terlakar dalam lipatan sejarah dunia.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 12, 2012

12 Komen:

  1. oo tuh dia rupanya gambar pertama diupload,dah dekat 20 tahun usianya sama macam muka individu dalam foto masa foto tu diambil kot.

    BalasPadam
  2. nice historical event...! lirik lagu tu pun best.

    BalasPadam
  3. ...gitu rupanya...baru koi tahu..maknanya dah lama jg la wujudnya tenet ni ye..

    BalasPadam
  4. assalam, ye ke?...baru le teman tahu...apapun tq atas info.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12 Julai, 2012

    Baru lagi teknologi ni. Tapi dah macam-macam benda jadi dengan gambar.

    BalasPadam
  6. eksperimentasi diri agknya..hehe

    BalasPadam
  7. salam
    mereka dah 20 tahun
    kita ni baru nak belajar

    BalasPadam
  8. ini rupanya dia gambar pertama di internet .. betul-betul bersejarah!

    BalasPadam
  9. Assalam..
    Gambar yang terakhir tiada siapa akan tahu...

    BalasPadam
  10. Dari eskperimen menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  11. betul betul klasik ni...

    satu eksperimen yang cukup hebat...

    BalasPadam