Gambar Majlis Nikah Kahwin Ella Dan Azhar Ghazali

Dengan sekali lafaz akad nikah, Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an.Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Foto: mStar

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin. Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Semoga diberkati Allah kedua pasangan, berbahagia hingga ke akhir hayat.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini. Majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Tahniah Ella, akhirnya bergelar sorang isteri.

Lagi GAMBAR kahwin


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 08, 2012

6 Komen:

  1. Alhamdulillah.. Sampai juga jodohnya :D

    Post Terbaharu Saya - iPad Mini Bakal Dilancarkan Oktober 2012

    BalasPadam
  2. nikoh juga ella yek
    moga kekal hingga akhirnya :)

    BalasPadam
  3. Antara berita terhangat minggu ini. Tanniah kepada Ella dan pasangan. Cepat-cepat timang cahaya mata.:-)

    BalasPadam
  4. Akhirnya bernikah juga Makcik Ella ni. hehehe

    BalasPadam
  5. akirnya, kahwin juga...tahniah ella!

    BalasPadam
  6. tahniah kepada ella.. :)

    BalasPadam