Gambar Majlis Nikah Kahwin Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Dengan sekali lafaz akad nikah, pelakon dan pengacara cantik, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya  kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

 
Gambar : mStar

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Semoga berbahagia kedua mempelai, diberkati Allah pernikahan ini.

Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.

Dalam majlis itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian. Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 29, 2012

16 Komen:

  1. tahniah kepada irma dan suami.. :)

    BalasPadam
  2. Semoga kekal bahagia, mencari jodoh yang ada potensi terus beriman.

    Jom bisnes untuk lamar anak jutawan !!!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama29 Jun, 2012

    Tahniah..smga kekal hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  4. salam
    moga2 mereka kekal bahgia selamanya

    BalasPadam
  5. assalam, semoga berbahagia selama-lamanya..

    BalasPadam
  6. :D Semoga berbahagia hingga hujung nyawa..

    Post Terbaharu Saya - Saya Dapat Lagi Murah!

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama30 Jun, 2012

    Tahniah Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer. Semoga bahagia ke akhir hayat.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah ... moga bahagia ke akhir hayat kedua mempelai

    BalasPadam
  9. selamat....ya semoga menjadi keluarga yang selalu dilindungi allah swt dan sehat selalu amien....

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama30 Jun, 2012

    Alhamdulillah,moga bahagia hingga ke syurga

    BalasPadam
  11. Tanniah kepada Irma dan suami. :-)

    BalasPadam
  12. postingan yang bagus tentang Gambar Majlis Nikah Kahwin Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

    BalasPadam
  13. selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat.

    BalasPadam
  14. Tengok video perkahwinan diorg lagi gempak :)

    BalasPadam
  15. ..wahh orang kawinn nihh,,
    .semoga langgenngg yahh :D

    BalasPadam