Final Euro 2012 | Spain vs Italy | Live Online Streaming

Pejam celik dah nak masuk final EURO edisi 2012 kali ini. Siapa sangka kan Italy akan melangkah ke perlawanan akhir menentang pasukan pilihan Spain yang merupakan juara Piala Dunia 2010 yang lalu? Berlainan dengan saya, memang sudah menjangkakan Spain akan berjaya melangkah ke final kali ini, cuma jangkaan awal saya Spain akan bertemu dengan Germany.


Apa pun bola itu bulat, ditambah lagi dengan spekulasi mengatakan bahawa setiap perlawanan EURO 2012 telah "diatur" keputusannya oleh pihak tertentu terutama bookie judi di seluruh dunia, tapi itu hanyalah khabar angin sahaja. Realitinya mutu permainan semua pasukan kelihatan mantap dengan jaringan gol yang cantik dan corak permainan yang berkualiti tinggi.

Belum kelihatan terlalu banyak keputusan yang kontroversi pada EURO 2012 kali ini. Cuma beberapa jaringan gol yang tidak dikira oleh pengadil dan beberapa insiden kecil yang tidak mengganggu gugat keseluruhan mutu permainan dan perlawanan EURO 2012 kali ini. Ramai pihak yang kelihatan gembira dengan kedua pasukan yang bakal beraksi di final kali ini , Spain vs Italy.

Anda boleh saksikan secara langsung di TV 3 dan Astro, juga secara LIVE STREAMING, LIVE ONLINE di PAUTAN ini, atau melayari pelbagai lagi saluran yang mengadakan siaran secara ONLINE di seluruh dunia. Selamat menonton, siapa yang bakal menjadi Juara EURO Edisi 2012 kali ini? Pasukan pilihan saya adalah SPAIN !



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 30, 2012

9 Komen:

  1. salam
    aku juga pilih spain walau pun itali kelihatan hebat ketika kalahkan jerman

    BalasPadam
  2. memang tak tdo la aku dibuatnya hari ahad ni..

    BalasPadam
  3. Aku pilih Italy..walaupun jangkaan awal aku adlh Jerman utk menjuarai Euro 2012. Tapi apa boleh buat bola itu bulat...

    BalasPadam
  4. salam..

    sy pilih spain.. tp gerenti tido hehe

    BalasPadam
  5. italy leh menang..balotelli tu ssh nk jangka..perangai pelik skit..huhu

    BalasPadam
  6. assalam, spain juara lagi...

    BalasPadam
  7. postingan yang bagus tentang Final Euro 2012 | Spain vs Italy | Live Online Streaming

    BalasPadam
  8. akhirnya habis sudah Euro 2012

    BalasPadam