Sebuah syarikat tempatan, MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ''1Malaysia Pad'' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh. Aplikasinya boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger. Pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain. Tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa. Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.