Buku Irshad Manji : Allah, Kebebasan dan Cinta Diharamkan

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana  didapati mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya, "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam." (BERNAMA)

Antara lain yang didapati bercanggah dengan ajaran islam, ialah pandangan penulis terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme. Buku itu juga didapati menyeru pembaca kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.

Buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam. Selain itu,  buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkannya dengan nilai-nilai akidah. Ianya turut didapati memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa,  malah lebih dari lima kali sehari.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 25, 2012

9 Komen:

  1. Kalau dah menyeleweng dari ajaran sebenar agama islam,molek sangat KDN cepat-cepat haramkan penerbitan buku ini. Risau sungguh apabila muda-mudi mudah terpengaruh dengan ajaran yang pelik sebegini..

    BalasPadam
  2. Memang patut diharamkan buku2 yang macam ni.

    BalasPadam
  3. Nak baca buku tang mana yg dikatakan haram tu
    sekadar ilmu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama25 Mei, 2012

    Pada akhir zaman ni perkara2 macam ni memang dah dijangka akan berlaku. Jadi berhati2lah kita.

    BalasPadam
  5. Maaf kalau komen saya berbau sini. Adakah masyarakat zaman tidak mempunyai keupayaan menilai samada ia betul atau salah.

    Ia sama kes NU mengenai larangan kehadiran Lady Gaga di Indonesia.

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Aii, dah terpesong jauh kandungan buku tu...
    Elok la diharamkan..
    boleh cemar pemikiran generasi baru ni..

    BalasPadam
  7. Sangat bahaya untuk akidah !

    BalasPadam
  8. dh byk ancaman lgbt ni..umat islam harus sedar..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama14 Jun, 2012

    memang patut diharamkan terutama, berkaitan dengan homoseksualnya dia bagitahu haram sebab budaya je bukan sebab islam, dia memutarbelitkan kisah Nabi Nuh mengikut pentafsiran sendiri....dia banyak menggunakan lojik akal sahaja bukan bergantung kepada Al quaran dan As-sunah...memang dunia dah nak kiamat gamaknya...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA