Nombor Plat WWW 1 Terjual RM 520,000



Ramai orang meneka perang bidaan akan berlaku, apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan untuk nombor plat 'WWW' pada 30 April lepas. Tetapi tiada siapa yang menjangkakan bahawa nombor plat 'WWW 1'  akan mencatatkan sejarah rekod tersendiri negara Malaysia, apabila ianya menjadi nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal pernah dibida.

Paultan.org melaporkan bahawa tawaran kemenangan bagi nombor plat 'WWW 1' mencecah RM520, 000 dan sesuatu yang mengagumkan (rakyat Malaysia memang mewah). Tawaran dengan mudah menewaskan rekod yang di pegang sebelum ini sebanyak RM300,100 untuk 'MCA 1' pada tahun 2010. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bahawa nombor plat siri 'WWW' dianggarkan bakal meraih RM11.3 juta kutipan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 25, 2012

14 Komen:

  1. RM 520,000 BOLEH BELI:
    1-Rumah sebiji
    2-Kereta sebiji
    3-Jam Tag Heuer sebijik
    4-Simpan penuh ASB akaun
    5- Ermmm..nak buat apa lagi erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5. Bawa kaum kerabat tunaikan rukun Islam ke 5.
      6. Beli tanah
      7. Tanam pokok gaharu
      8. Buat homestay
      9. lagi???

      Padam
    2. Tanpa Nama29 Mei, 2012

      9.bagi ibu tunggal dengan anak yatim
      10.tolong umat islam kat palestin.
      11.derma kat masjid.

      Padam
  2. Macam2 perkara boleh dimanfaatkan yak...
    gitulah gayanya kalau duit dah berlebih :(

    BalasPadam
  3. berhabis hanya kerana nombor
    tengok2 nanti yg dapat nombor tu kereta viva je hehehehe

    BalasPadam
  4. baik guna duit tu untuk cover semua saman orang-orang yang tak berkemampuan.

    BalasPadam
  5. adeh- kita yg tak berduit nih rasa membazir pulak..harga dah cecah 1/2 juta.

    BalasPadam
  6. Siapa pemilik WWW 1 ye ? Bapak mahal !

    BalasPadam
  7. mahal giler..mcm x berbaloi lak..

    BalasPadam
  8. sanggup jugak tu kan, hish, keja gila namanya.

    BalasPadam
  9. salam
    bezanya antara orang kaya dengan orang miskin
    malaysia memang ramai orang kaya
    dan masih sangat ramai orang miskin

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Kalau dapat duit banyak tu,
    sorang makan tak habis tu..

    BalasPadam
  11. RM500k banyak perkara yang boleh dibelanjakan. Pada ketika ini masih ada murid miskin ke sekolah dengan perut kosong.

    BalasPadam
  12. terfikir jugak, apakah kebaikan yg akan diperolehi di sebalik mendapatkan no plat tersebut sehingga ratusan ribu sanggup dilaburkan.. hmmm....

    BalasPadam