Senarai Pemilik Nombor Plat WWW 1, WWW 5, WWW 15

Teka-teki siapa pemilik nombor plat WWW 1 akhirnya terungkai apabila Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan senarai pembida yang telah memenangi bidaan nombor plat pendaftaran awalan 'WWW' yang lebih sinonim dengan singkatan bagi  nama 'World Wide Web'.


Sultan Johor kini pemilik nombor plat pendaftaran WWW 1 dengan bidaan tertinggi iaitu RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang turut memenangi nombor plat 'WWW 5', dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat 'WWW 15'. Selainnya sehingga nombor 'WWW 20', anda boleh saksikan pada gambar di atas.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan 'MCA 1' pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan 'WWW'. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bahawa nombor plat siri 'WWW' dianggarkan bakal meraih RM11.3 juta kutipan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 28, 2012

9 Komen:

  1. CkLah dengan Plat XIIINAM ajelah....hehe

    BalasPadam
  2. peh..da sama harga sebuah ferari

    BalasPadam
  3. no plat je dah boleh beli sebiji kete..terbaekkk

    BalasPadam
  4. gila lah diorang ni...sanggup perabih duit utk no...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama29 Mei, 2012

    Biaq pi la depa asal jgn guna duit rakyat sudah la...

    Ridwan Ahmad

    BalasPadam
  6. Akhirnya sudah mengetahui senarai pembida.

    BalasPadam
  7. DYMM Sultan Johor - sangat kacak!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama17 Julai, 2012

    Siapa Pemilik M1Q? hehehe

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA