39 Tahun Pemergiannya Tan Sri P. Ramlee

Siapa yang tidak kenal nama seniman tersohor negara, Tan Sri P. Ramlee? Biarpun hari ini, genap 39 tahun seniman agung negara itu pergi meninggalkan kita pada tanggal 29 Mei 1973, namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.

Masih saya ingat ketika itu saya hanya berusia 4 tahun. Saya pasti, ramai di antara anda yang mungkin belum lahir ke dunia ini lagi di tarikh tersebut. Cuma lakonan dan lagu-lagu nyanyian beliau masih sinonim dengan kehidupan kita sehingga ke hari ini.


Memori kenangan ditinggalkan seperti karyanya masih hidup dan tidak pernah ditelan zaman. Banyak karya filemnya yang terus disiarkan di kaca televisyen seperti Nujum Pak Belalang, Bujang Lapok, Labu Labi masih mampu membuatkan peminat-peminatnya ketawa.

Begitu juga lagu-lagunya seperti Getaran Jiwa, Jangan Tinggal Daku, Madu Tiga dan Di Manakan Ku Cari Ganti yang masih kedengaran merdu. Pemergiannya diibaratkan satu kehilangan besar dalam industri hiburan negara dan terus dikenang sehingga kini.

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh membina nama sebagai insan seni yang serba boleh. Dialah pelakon, dia juga penyanyi, pelawak, komposer serta pengarah filem. Bermula dengan filem Chinta dan Laksamana Do Re Mi menutup tirai seninya.

NOTA: Memori P. Ramlee tidak akan mati sampai bila-bila kerana namanya akan tersemat di dalam ingatan masyarakat di negara ini. Bersama kita menyedekahkan bacaan الفاتحة pada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 29, 2012

4 Komen:

  1. Alfatihah buat Allahyaraham.

    BalasPadam
  2. semoga allahyarham dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  3. Filem beliau tetap menghiburkan dan tidak lapuk dek zaman. Al Fatihah.

    BalasPadam
  4. Semoga Beliau Terus Aman Di Sana...

    BalasPadam