Final Piala FA 2012 | Kelantan VS Sime Darby | Live Streaming Online



Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, mereka ada strategi dan resipi tersendiri, dan akan melakukan kejutan malam esok di Stadium Bukit Jalil. Sementara itu, Pengurus Sime Darby, Datuk Ahmad Shah Sultan Abdul Aziz Shah berkata, mereka akan membentangkan skuad 'underdog'. ''Kami mempunyai resipi tersendiri dan para pemain mempunyai motivasi yang tinggi untuk berhadapan skuad Kelantan malam esok.''

Jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak berkata, peminat bola sepak khususnya penyokong Kelantan kebanyakannya menganggap mereka sebagai calon pilihan untuk menjadi juara.''Kami menghormati pasukan Sime Darby. Mereka sebuah pasukan yang hebat. Pandangan kami bakal menjulang Piala FA, membuatkan kami lebih tertekan kerana kita tidak boleh terlalu yakin disebabkan pasukan Sime Darby sebuah pasukan 'underdog'."

NOTA: Peminat nampaknya tidak memperdulikan pandangan jurulatih kedua pasukan di atas. Yang penting sewaktu perlawanan akhir nanti disajikan dengan permainan yang bermutu dan terhindar dari kejadian yang tidak diingini dengan insiden buruk. Anda boleh saksikan secara langsung di TV 1 pada hari dan waktu perlawanan. Pada sesiapa yang berada di luar kawasan atau luar negara boleh saksikan secara LIVE STREAMING Online di SINI.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
Kelantan berjaya merangkul trofi Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final malam Sabtu. Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-57.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 18, 2012

6 Komen:

  1. Kelantan mempunyai peluang besar untuk menang tetapi bola itu bulat.

    BalasPadam
  2. Harap mutu permainan berada ditahap tertinggi pada itu.

    BalasPadam
  3. salam
    gomo klate gomo
    jangan bergomo kat luar padang dah la

    BalasPadam
  4. sime darby leh menang ni.. :)

    BalasPadam
  5. gomo kelate gomo...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog